Periuk logo
Periuk logo

Tentang kami

Misi kami

Memang susah untuk mendefinisikan masakan Malaysia. Cara sesebuah keluarga ini menyediakan sesebuah lauk mungkin berbeza sekali dengan cara keluarga lain. Kami dapati ada kekurangan dokumentasi tentang cara-cara berbeza ini, malah tukang masak di rumah juga kurang diraikan. Oleh itu, kami ingin menunjukkan kepelbagaian masakan Malaysia, dan tidak fokus pada mana-mana jenis masakan.

Media Malaysia juga kurang memaparkan kisah tentang makanan dan tukang masak di rumah. Kebanyakan sumber di Malaysia mengagungkan chef dan restoran, tetapi kami ingin mengalih perhatian kami kepada tukang masak di rumah dan juga masyarakat terpinggir yang mungkin tiada wadah untuk bercerita tentang makanan mereka. Kesimpulannya, matlamat kami untuk laman web ini adalah untuk menjadi satu situs persilangan di antara masyarakat, budaya, dan makanan.

A pestle

Kenyataan kepelbagaian kandungan

Periuk bertuju untuk menyerlahkan kepelbagaian dan keragaman masakan Malaysia di rumah. Ini bermaksud yang setiap masakan dan diet yang diamalkan, dan apa sahaja daging, tumbuhan, atau mineral yang digunakan dalam masakan Malaysia di rumah mempunyai peluang sama rata untuk diwakilkan di laman web ini. Jika kami menapis kandungan laman web ini untuk menjaga hati segelintir ahli masyarakat, ini tidak akan memberi gambaran sebenar tentang tradisi-tradisi makanan yang hebat dan kaya di Malaysia. Terdapat tag dan kategori untuk membantu anda melayari laman web ini supaya anda boleh mencari resepi atau cerita yang sesuai dengan citarasa dan pilihan anda—kami sarankan anda untuk menggunakannya.

Jika anda nampak apa-apa di laman web ini yang mungkin bermasalah, atau kami terlepas pandangan semasa proses penyuntingan kami, sila e-mel kami di hello@periuk.my.

Tentang kami

Surekha Ragavan: undefined

Surekha Ragavan

Rakan pengasas, penyunting cerita

Surekha seorang wartawan berpengalaman yang melapor tentang makanan, budaya, dan cerita berunsur kemanusiaan. Dia sudah bosan dengan cara media Barat memaparkan cerita tentang makanan dan terfikir untuk memulakan laman web tentang makanan yang lebih menyeluruh. Sampai sekarang dia tidak tahu macam mana idea itu boleh jadi website Periuk ini.

Alia Ali: undefined

Alia Ali

Rakan pengasas, penyunting resepi

Alia selalu sahaja ada projek atau hobi baru. Sejak kecil dia sudah rajin menulis, bermain muzik, dan memasak. Dia sangat berpuas hati yang dia sekarang boleh menyara hidupnya sebagai seorang dewasa dengan hobi-hobinya. Kini dia menetap di dalam kampung di tepi laut, sambil bercucuk tanam dan menjaga haiwan yang datang memberi salam.

Zana Fauzi: undefined

Zana Fauzi

Pengurus projek & pakar strategi UX

Pengalaman Zana merangkumi penyelidikan UX dan pengurusan projek untuk pelbagai jenama dan syarikat, dan juga bidang akademik sains sosial untuk mempelajari reka bentuk dan perancangan untuk masyarakat dan keadilan sosial. Dia pintar, mahu mencabar ideologi teknologi, dan memastikan yang kami semua tepat mengikut waktu dan beretika.

Michelle Yip: undefined

Michelle Yip

Penyunting visual

Michelle dari MXH Photography mengurus visual kami dan memastikan yang semua keperluan fotografi kami di laman web dan sosial media dipenuhi. Pengalamannya termasuk pengurusan pentas dan mengajar sekolah menengah dan universiti, dan sekarang menumpukan perhatiannya kepada bidang fotografi untuk menghidupkan kisah kemanusiaan.

Kristy Voon: undefined

Kristy Voon

Pereka laman web

Kristy menggelarkan dirinya sebagai penggemar makanan, dan rela berhenti kerja untuk berdamping kerja lebih rapat dengan makanan. Dia juga pereka laman web Periuk, dan berjaya menggabungkan makanan bersama kerja untuk mereka logo dan website kami yang menarik ini. Setelah bertahun makan gaji di agensi pengiklanan, dia kini mengurus Swhale Studio bersama rakan kerja dan hidupnya.

Timothy Teoh: undefined

Timothy Teoh

Pembangun web

Tim telah bekerja di dalam industri teknologi maklumat untuk sedekad lebih. Antara projek di mana Tim terlibat adalah #PulangMengundi dan #KitaJagaKita, yang telah menghubung ramai rakyat Malaysia dengan satu sama lain. Tim sekarang sabar membantu kami membina laman web ini—kami memang sangat cerewet!

 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

 
periuk