Periuk logo
Periuk logo

Saya tak berapa kenal datuk belah ayah saya. Isterinya sudah meninggal dan saya hanya berjumpa dengannya semasa cuti sekolah. Seperti ayah saya, datuk saya jarang berbual, seorang yang megah dan agak degil. Datuk saya terpaksa menjaga diri sendiri selepas perang di Tanah Melayu, dan kerana itu dia belajar untuk memasak pelbagai kekacang kering dan campuran rempah menjadi lauk lazat. Dia diajar oleh ibu bapanya yang berhijrah dari Sri Lanka. Catuan makanan mereka selalunya termasuk kekacang pea kering, ikan, beras, dan minyak.

Apabila anginnya baik, datuk saya akan berada di dapur kampung gelapnya di Seremban, menumis kari berempah menggunakan dapur yang dijana tempurung kelapa dan arang kayu. Bahagian rumah ini sering berbau bawang mentah, bawang putih, cili, dan pelbagai makanan dijeruk. Kekacang pelbagai jenis disimpan dalam tin biskut karat; ini mengandungi kacang kuda, kekacang, dan kacang pea kering. Sepupu-sepupu dan saya sangat terpesona dengan jenis kekacang yang ada, dan sering menonton datuk kami mengaut kekacang dengan jari berartritis.

Sheela dan datuknya.
Datuk Sheela bersama cucu-cucunya.

Datuk saya mengajar kesemua dua belas cucunya tentang pelbagai jenis kekacang yang digunakan dalam lauk berlainan dalam bahasa Tamil, Melayu, dan Inggeris. ‘Pulse’ adalah sebahagian daripada famili ‘legume’, tetapi perkataan ‘pulse’ hanya merujuk kepada biji benih keringnya. ‘Pulse’ adalah ‘legume’ yang dikeringkan, tumbuh dalam sebuah lenggai yang mengandungi satu ke dua belas biji benih. Ini termasuk ‘beans’, ‘lentils’, ‘peas’, dan pelbagai biji benih yang dirujuk sebagai ‘lentil’ atau ‘bean’. Kacang dal sering diterjemah kepada ‘lentil’ tetapi sebenarnya merujuk kepada beberapa ‘lentil’, ‘peas’, kacang kuda, atau ‘kidney beans’ yang terbahagi dua. Jika sesebuah ‘pulse’ terbahagi dua, namanya dal. ‘Pulse’ India selalunya dibahagikan kepada tiga jenis: ‘whole pulse’ (‘pulse’ yang masih padu), ‘pulse’ terbahagi dua yang masih berkulit, dan ‘pulse’ terbahagi dua tanpa kulit.

Salah satu kari kegemaran saya dari datuk saya dimasak dengan sejenis kacang parang yang dipanggil ‘mochai’ atau ‘mochakottai’ dalam bahasa Tamil. Kadang-kadang ia juga dipanggil kekacang ‘field’, ‘lima’, ‘hyacinth’. Kekacang ini dijual di banyak kedai runcit dan kedai rempah India sebagai ‘pulse’ kering. Mochai direndam selama beberapa jam dalam air suam untuk melembutkan kulit kerasnya kemudian direbus. Kadangkala kulitnya dibuang dan kekacang ini ditumis dengan biji sawi, bawang, cili kering, dan serbuk kunyit, dan dihidangkan sebagai kudapan rangup dan masin. Kini, periuk tekanan boleh digunakan untuk melembutkan kekacang mochai dalam masa 15 minit sahaja.

Dapatkan resepi mochai karuvadu kuzhambu datuk Sheela di sini.

***

Sheela Kanagasabai seorang penulis bebas dan tukang masak diajar sendiri.

Baca seterusnya:  india, karangan, kekacang, keluarga

Baca seterusnya

Ada T-Rex di ruang tamu

Anak yang mendambakan ibunya

Ada T-Rex di ruang tamu

Yee sang sepanjang tahun, tak mengira pandemik

Sayang, lambunglah yee sang itu

Yee sang sepanjang tahun, tak mengira pandemik

Tentang Prosperity Burger dan sahabatku yang nun jauh di sana

Ada apa dengan Marsha?

Tentang Prosperity Burger dan sahabatku yang nun jauh di sana

Baca seterusnya


 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

 
periuk