Periuk logo
Periuk logo

Mihun goreng (atau bihun goreng) adalah salah satu mi kegemaran saya. Inilah nasi dalam bentuk mi, ia mengenyangkan seperti makan nasi tetapi boleh dihirup. Malangnya, ramai orang mengadu bahawa mihun goreng selalu lembik apabila mereka cuba memasak mi halus ini di rumah. Inilah petua nombor satu saya yang sentiasa berkesan:

Langkah 1: Rendam mihun kering dalam air suam untuk 10-15 minit. Tapiskan air.

Tiada langkah lagi. Itu sahaja.

Saya telah mencuba pelbagai kaedah untuk bertahun-tahun: mencelur, merendam dalam air panas, merebus (kelembikan terjamin!). Tetapi merendamkannya dalam air suam adalah cara yang paling mudah dan ringkas.

Petua-petua lain untuk menggoreng mihun yang enak:

  • Siapkan semua ramuan anda sebelum menggoreng, dan biarkan nyalaan api besar. Anda harus cepat. Anda harus cekap.
  • Selain menapis air dari mihun direndam, anda juga boleh menggunakan pengepit untuk mengalihkan mihun dari mangkuk terus ke dalam kuali panas. Ada air yang akan terikut sekali. Saya gunakan air ini sebagai penanda masa mihun akan selesai digoreng; apabila air ini mengering, mihun goreng sudah siap.

Beritahu kami dalam ruangan komen apa petua mihun goreng anda.

Baca seterusnya:  101 gitu, mi, mihun, teknik & petua

Baca seterusnya

101 Gitu: Cara menyediakan asam jawa

Panduan berlangkah

101 Gitu: Cara menyediakan asam jawa

101 Gitu: Penjerukan dengan biji pangi

Panduan menjeruk dengan pangi

101 Gitu: Penjerukan dengan biji pangi

101 Gitu: Bagaimana untuk menyediakan buah keluak

Membersih buah keluak dengan selamat

101 Gitu: Bagaimana untuk menyediakan buah keluak

Baca seterusnya


 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

 
periuk