Periuk logo
Periuk logo
Biskut goreng makan seorang

Arwah embah Alia ada 13 anak dan ini bermaksud yang dia harus memasak untuk 13 selera berbeza. Apabila anaknya semua sesekali tiada selera untuk memakan nasi, roti, mi, dan ubi, dia pun terfikir penyelesaian yang agak pintar: biskut krim hancur sebagai sumber karbohidrat. Apabila digoreng seperti ini, ia kekal rangup sambil menyerap minyak tumisan. Jika difikirkan, orang tua-tua kita memang sangat pintar.

Biskut goreng makan seorang

oleh Alia Ali
Alia Ali

Arwah embah Alia ada 13 anak dan ini bermaksud yang dia harus memasak untuk 13 selera berbeza. Apabila anaknya semua sesekali tiada selera untuk memakan nasi, roti, mi, dan ubi, dia pun terfikir penyelesaian yang agak pintar: biskut krim hancur sebagai sumber karbohidrat. Apabila digoreng seperti ini, ia kekal rangup sambil menyerap minyak tumisan. Jika difikirkan, orang tua-tua kita memang sangat pintar.

Hidangan: 1

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 1

Masa penyediaan: Ringkas

1 sdm minyak sayuran

3 bawang merah kecil, dikupas

1 ulas bawang putih, dikupas

1/2 cili merah hidup besar, tangkai dibuang

1 sdm ikan bilis

1 biji telur

12 biskut krim (kami gunakan jenama Hup Seng)

Garam secukup rasa

  1. Menggunakan blender atau lesung batu, kisar bawang merah kecil, bawang putih, dan cili merah sehingga separa lumat. Masukkan ikan bilis dan kisar untuk 10 saat lagi.
  2. Panaskan kuali menggunakan api sederhana, kemudian tuangkan minyak sayuran. Apabila minyak mula berkilau, masukkan bahan kisar. Goreng sehingga pecah minyak atau sehingga mula keperangan, lebih kurang 3-5 minit.
  3. Ketepikan sedikit tumisan di dalam kuali dan pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau sekali-sekala sehingga putih telur masak sepenuhnya, kemudian kacau sekali bersama bahan tumisan.
  4. Rasa dan tambah secukup garam yang perlu. Ingat yang biskut krim sudah ada rasa masin, jadi tak perlu terlebih garam.
  5. Hancurkan beberapa biskut setiap kali ke dalam kuali. Saiz cebisan biskut tidak perlu sekata—biarkan ada yang besar dan yang kecil.
  6. Apabila semua bahan telah digaul rata, letakkan di atas pinggan dan hidangkan semasa masih hangat.

Panduan

  • Gunakan resepi ini sebagai permulaan untuk memasak dengan biskut krim. Gunakan biskut krim dalam resepi nasi goreng anda, tak kisah kalau gaya Cina, gaya Thai, atau gaya apa sahaja.
  • Anda juga boleh mencuba jenis biskut yang berbeza, tetapi biskut krimlah yang paling serba guna.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021