Periuk logo
Periuk logo
Mihun lada hitam

Mihun goreng lah cara paling senang untuk menarik hati Alia, dan inilah cara paling cepat dia menggoreng bihun. Resepi ini sangat senang untuk diubah suai dengan pelbagai jenis sayuran (dan daging), tetapi kesenangan penyediaan resepi original inilah sebab ia menjadi kegemaran Alia.

Mihun lada hitam

oleh Alia Ali
Alia Ali

Mihun goreng lah cara paling senang untuk menarik hati Alia, dan inilah cara paling cepat dia menggoreng bihun. Resepi ini sangat senang untuk diubah suai dengan pelbagai jenis sayuran (dan daging), tetapi kesenangan penyediaan resepi original inilah sebab ia menjadi kegemaran Alia.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

275g mihun kering

2 sdm biji lada hitam

10 bawang merah kecil, dikupas

5 ulas bawang putih, dikupas

3 sdm minyak

2 ikat kucai, dibersihkan dan dipotong 2”

½ sdm serbuk cendawan

1 sdt garam, atau secukup rasa

  1. Dalam mangkuk besar, rendamkan mihun selama 10 minit dalam air suam (rujuk kaedah penyediaan mihun kami yang belum pernah gagal).
  2. Sambil mihun sedang berendam, tumbukkan biji lada hitam dalam lesung batu. Bila lada hitam mencapai kisar sederhana, masukkan bawang merah kecil dan bawang putih, dan tumbuk sekali dengan lada hitam. 
  3. Panaskan kuali menggunakan api sederhana, dan tuangkan minyak. Apabila minyak mula berkilau, masukkan bahan kisar dari lesung batu. Tumis selama 5 minit sehingga bawang lembut. 
  4. Masukkan kucai dan tumis selama 1 minit, dan tambahkan serbuk cendawan dan garam. 
  5. Kuatkan api ke nyalaan besar sekali. Masukkan mihun yang direndam tadi ke dalam kuali dengan pengepit (tak payah tapiskan). Terus gaul semua ramuan dalam kuali secepat mungkin, tapi hati-hati jangan ada yang tercicir keluar dari kuali. Setelah air sejat dari bahagian bawah kuali, mihun sudah siap masak dan boleh dihidangkan.

Panduan

  • Jangan risau kalau mihun putus, melainkan anda nak mengagumkan keluarga mertua. Mihun memang senang putus bila digaul sebati. Anda pun boleh menggunting mihun sebelum direndam supaya senang digaul.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Mee siam Singapura

Hidangan meraikan semua majlis

Mee siam Singapura

Bubur nasi vegetarian

Bubur vegetarian sepanjang musim

Bubur nasi vegetarian

Kerabu bihun ala Thai

Penuh rasa dan tekstur berbeza

Kerabu bihun ala Thai

Lain kali masak

Mee siam Singapura
Bubur nasi vegetarian
Kerabu bihun ala Thai
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk