Periuk logo
Periuk logo
Kerabu bihun ala Thai

Jenny Saw memang suka masak untuk tetamu. Ini bertambah ketara semasa perayaan atau apabila anak-anaknya menjemput kawan-kawan mereka untuk sesi makan. Ramai gemar akan asam laksa Jenny, tetapi hidangan kerabu ini selalu cepat habis apabila mengunjungi meja bufet. Ia enak dalam apa suhu sekalipun, menjadikannya hidangan yang sempurna untuk majlis atau berkelah.

Kerabu bihun ala Thai

oleh Jenny Saw

Hidangan: 4

Kerabu bihun ala Thai

Hidangan: 4

2 dada ayam, dibuang kulit

6 cendawan shitake kering, direndam air panas

2 keping cendawan telinga kera

3 sdm minyak masak

6 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus

5 cili padi, dihiris dua memanjang

3 sdm udang kering, direndam air panas

400g bihun, direndam air panas

3 sdm sos ikan, dan lebih lagi mengikut citarasa

Jus dari 1 lemon

½ cawan daun pudina

1 sdt serbuk cili

  1. Masukkan dada ayam ke dalam periuk kecil dan tuang air secukupnya untuk merendam bahagian ayam. Didihkan isi periuk menggunakan api kuat, kemudian perlahankan api dengan serta merta. Renihkan ayam sehingga masak sepenuhnya, lebih kurang 20 minit.
  2. Alihkan dada ayam daripada periuk ke dalam mangkuk berasingan. Tapiskan cendawan kering yang direndam tadi, dan didihkan sehingga lembut bersama cendawan telinga kera menggunakan stok ayam dalam periuk yang sama. Ini boleh mengambil masa lebih kurang 15 minit, bergantung kepada kepadatan cendawan kering yang diguna.
  3. Alihkan semua cendawan daripada periuk. Hiris cendawan secara nipis dan carik daging dada ayam menjadi cebisan kecil.
  4. Panaskan kuali menggunakan api sederhana, kemudian masukkan 2 sdm minyak masak. Apabila minyak mula berkilau, masukkan bawang putih cincang dan goreng sehingga keemasan.
  5. Alihkan bawang putih goreng dari minyak dan letak di dalam mangkuk berasingan. Menggunakan minyak yang sama, goreng cili padi sehingga lembut, dan alihkan dari minyak.
  6. Tambahkan lagi minyak masak kepada kuali jika perlu. Tapiskan udang kering yang direndam tadi dan goreng sehingga rangup, lebih kurang 5 minit. Alihkan ke mangkuk berasingan.
  7. Gunakan periuk bersih dan isikan air untuk memasak bihun. Didihkan air ini menggunakan api kuat. Masak bihun yang direndam tadi dalam air yang mendidih ini. Kacau untuk 30-45 saat, angkat dan toskan.
  8. Letakkan bihun masak yang ditapis ke dalam mangkuk adunan yang besar. Masukkan ayam dicarik, 2 jenis cendawan dihiris, bawang putih goreng, cili padi goreng, dan udang kering goreng. Gaul rata.
  9. Tambahkan sos ikan dan jus lemon, bersama daun pudina dan serbuk cili. Gaul lagi.
  10. Perasakan dan seimbangkan perisa jika perlu: anda mungkin sekali harus menambah lagi sedikit sos ikan dan/atau jus lemon.
  11. Hidangkan semasa masih hangat atau suam.
Baca seterusnya:  bebas gluten, bihun, potluck, salad

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021