Periuk logo
Periuk logo
Khanom jeen nam ya / Mi kari ikan Selatan Thailand

Kari ikan yang berlemak dan pedas ini sangat sesuai untuk jamuan keluarga. Ibu Banyen akan memasak kari ini setiap bulan dan menjemput seluruh keluarga dan kawan-kawannya untuk datang makan. Lauk untuk setiap pinggan boleh disesuaikan mengikut cita rasa setiap orang, menjadikan pengalaman jamuan ini sesuatu yang dinikmati secara bersama dan juga tersendiri.

oleh Banyen Aroonratana

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Banyak bersabar

UNTUK PES REMPAH

3 cili merah segar besar

10 cili kering, biji dibuang

3 tangkai serai (bahagian putih sahaja)

1″ lengkuas, dikupas

1″ kunyit hidup, dikupas

6 ulas bawang putih, dikupas

6 bawang merah kecil, dikupas

½ sdm lada hitam, ditumbuk

1 sdm belacan, dibakar

UNTUK KARI

1 kg ikan kembung, sardin, atau selar kuning

300ml santan

500ml air

2 sdm sos ikan

1 sdm gula nipah

2 asam keping

10 helai daun limau purut, dibuang tangkainya dan dihiris halus

Garam secukup rasa

1 pek (450g) mi laksa kering

UNTUK HIASAN

(semua pilihan, ikut cita rasa)

Telur rebus, dipotong dua

Sawi asin, dihiris

Kubis, dihiris nipis

Kacang panjang, dipotong 1 cm

Timun, dihiris

Daun selasih, dipetik

Daun pudina, dipetik

Cili kering, digoreng

Taugeh

Cebisan cili merah

UNTUK IKAN

  1. Siang ikan dan susun pada pinggan seramik atau besi. Sediakan pengukus pada api dapur. Bila air mula rebus, letakkan pinggan berisi ikan dalam bakul pengukus dan tutup. Kukus selama 10 minit.
  2. Alihkan ikan dari pengukus dan ketepikan sehingga tidak panas disentuh. Buang tulang ikan dan leraikan ketulan besar. Ketepikan. 

UNTUK PES REMPAH

  1. Kisarkan semua bahan pes rempah dengan blender. Tambahkan sedikit air pada blender untuk menyenangkan proses mengisar. Ketepikan. 

UNTUK KARI

  1. Panaskan periuk besar menggunakan api sederhana. Tuang masuk 2 sdm santan, kemudian masukkan pes rempah. Tumis selama 3-5 minit, kemudian masukkan baki santan. Gaul sebati.
  2. Tambahkan isi ikan pada periuk bersama air. Kacau dan leraikankan ketulan pes rempah.
  3. Perasakan kari dengan sos ikan, garam, dan gula secukup rasa, bersama asam keping dan daun limau purut. Masak 5-10 minit lagi sehingga mencapai kepadatan yang diingini, kemudian rasa. Kari sepatutnya tidak terlalu berlemak atau cair, ada rasa savuri, ada rasa pedas daripada cili dan lada hitam, dan ada rasa masam sedikit daripada asam keping. 

UNTUK HIDANGAN

  1. Masak mi laksa mengikut arahan di bungkusan, dan celurkan dengan air mendidih untuk lembutkan lagi jika perlu.
  2. Letakkan 1 bahagian mi dalam mangkuk cetek dan tuangkan ½ – 1 cawan kari ikan atas mi.
  3. Hias mengikut cita rasa.

Panduan

  • Ibu Banyen juga menggunakan sardin dalam tin, lebih senang katanya. 2 tin sardin 425g pun sudah cukup untuk resipi ini. Buangkan kuah tin sardin, tapi jangan risau jika ada lagi kuah sikit pada ikan.
  • Resipi ini boleh digandakan untuk orang ramai. Jika ada lebih pes rempah, pes rempah ini boleh dibekukan dan disimpan dalam peti ais selama 1 bulan.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Chi yuk fun

Silap haribulan, anda akan buka gerai

Chi yuk fun

Kerabu bihun ala Thai

Penuh rasa dan tekstur berbeza

Kerabu bihun ala Thai

Mi tomato makan seorang

Rasa nostalgia dari gerai kegemaran

Mi tomato makan seorang

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk