Periuk logo
Periuk logo
Chi yuk fun

Darren memang boleh menikmati chi yuk fun berulang kali. Kami juga pun boleh. Resepinya untuk hidangan kegemaran kedai kopi ini agak leceh tapi memang berbaloi. Kuetiau lembut dalam kuah daging, daging yang diperisa dan dimasak dengan sempurna, sayur yang masih sedikir rangup; memang inilah hidangan idaman kami.

Chi yuk fun

oleh Darren Teoh

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Chi yuk fun

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Banyak bersabar

KUAH

500g tulang babi dengan sedikit daging, dari tulang belakang

300g tulang ayam, kepak, kaki (apa juga kombinasi)

100g ikan bilis, dibersihkan

1″ halia muda, dikupas dan diketuk

1 buku bawang putih, dipotong separuh

1 sdm lada putih, dikisar

DAGING CINCANG

300g daging babi cincang (minta penjual daging untuk sedikit lemak sekali)

2 sdm wain masakan Cina

½ sdt minyak bijan

1 sdm kicap cair

Garam secukup rasa

Serbuk lada putih secukup rasa

1 sdm tepung jagung

HIRISAN DAGING

400g batang pinang babi, dihiris nipis

2 sdm wain masakan Cina

½ sdt minyak bijan

1 sdm kicap cair

Garam secukup rasa

Serbuk lada putih secukup rasa

1 sdm tepung jagung

LEMAK GORENG

200g lemak babi, dipotong dadu

BAWANG PUTIH GORENG

4-5 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus

UNTUK MELENGKAPI HIDANGAN

Kuetiau, atau mi kegemaran anda, untuk 4 hidangan

Kuah, seperti atas

Daging cincang, seperti atas

Hirisan daging, seperti atas

Lemak goreng, seperti atas

Bawang putih goreng, seperti atas

1 ikat sawi bunga, dipotong 2″

4 telur segar

Bebola daging babi, sebanyak mana yang mahu (ikut suka)

Serbuk lada putih secukup rasa

KUAH

  1. Bilas daging babi dan ayam menggunakan air sejuk.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan isi dengan air secukupnya untuk merendam tulang.
  3. Tambah secubit garam dan didih menggunakan api kuat.
  4. Perlahankan api untuk merenihkan isi periuk dan tapis buih yang timbul di atas permukaan air.
  5. Masukkan ramuan kuah lain dan renihkan untuk sekurang-kurangnya satu jam.
  6. Tapis kuah dan asingkan kuah yang jernih.

DAGING CINCANG

  1. Gaulkan kesemua bahan daging cincang di dalam mangkuk. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia digunakan.

HIRISAN DAGING

  1. Gaulkan kesemua bahan hirisan daging di dalam mangkuk. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia digunakan.

LEMAK GORENG

  1. Taburkan sedikit garam ke atas potongan lemak.
  2. Masukkan potongan lemak ke dalam kuali dan goreng menggunakan api yang rendah sehingga lemak menjadi rangup dan minyak telah cair.
  3. Tapis dan tabur di atas tisu dapur untuk menyerap minyak berlebihan.

BAWANG PUTIH GORENG

  1. Goreng bawang putih yang dicincang menggunakan api sederhana dalam minyak lemak babi tadi sehingga keemasan.
  2. Alihkan minyak dan bawang putih goreng ke dalam bekas berasingan.

UNTUK MELENGKAPI HIDANGAN

  1. Sediakan satu hidangan demi satu. Letakkan dua periuk di atas dapur masak, satu berisi air untuk kuetiau, dan lagi satu berisi kuah secukupnya untuk satu hidangan.
  2. Didihkan air semasa menyediakan kuah.
  3. Panaskan kuah menggunakan api sederhana bersama 1 sdt bawang putih goreng.
  4. Dengan menggunakan sudu teh, kaut campuran daging cincang dalam bentuk bebola kecil terus ke dalam kuah mendidih, cukup untuk satu hidangan.
  5. Masukkan hirisan daging bersama bebola daging jika digunakan.
  6. Apabila daging sudah masak (dalam masa lebih kurang 5 minit), pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk berasingan. Tutup api untuk periuk kuah dan tuang telur secara perlahan ke dalam kuah.
  7. Sekarang, kuetiau pula. Apabila air telah mendidih, celur kuetiau secukupnya untuk satu hidangan ke dalam air mendidih sehingga masak. Tapis menggunakan penapis dan bilas dengan cepat sebelum meletakkannya ke dalam mangkuk hidangan.
  8. Dalam air yang sama, celurkan sawi bunga sehingga masak dan berwarna hijau terang. Masukkan ke dalam mangkuk hidangan.
  9. Sendukkan telur dengan perlahan ke dalam mangkuk hidangan, kemudian sendukkan daging dan kuah.
  10. Hiaskan dengan lada putih dan lemak goreng, dan hidangkan semasa masih panas.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021