Periuk logo
Periuk logo
Mi pedas dengan bijan dan kacang

Masa makan tengah hari Ling selalunya bergantung kepada kehendak anak kecilnya, jadi dia harus siapkan makanan sendiri secepat mungkin. Mi ini memang pilihan tepat sebab ia memang cepat—ia boleh disiapkan dalam masa 10 minit dan dengan menggunakan bahan ruji di dapur. Walaupun senang dan cepat dibuat, mi ini mempunyai rasa yang kompleks kerana kuah kacang yang berlemak dan minyak cili yang pedas. Apa lagi dengan timun jeruk rangup yang melengkapkan lauk ini, lebih umph jadinya.

Mi pedas dengan bijan dan kacang

oleh Ling Low

Hidangan: 2

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 2

Masa penyediaan: Ringkas

2 gulung mi tepung gandum kering

1 sdm mentega kacang

1 sdm minyak bijan

1 sdm minyak serbuk cili kasar ATAU sambal cili rangup (seperti Lao Gan Ma)

Garam secukup rasa

TIMUN

½ timun Jepun

2 sdt cuka beras

1 sdt minyak bijan

1-2 sdt biji bijan disangai

  1. Hiriskan timun bulat dengan ketebalan 2-3mm. Masukkan dalam mangkuk dan tuangkan cuka beras, minyak bijan, dan biji bijan disangai. Gaul dan ketepikan.
  2. Rebuskan mi mengikut arahan pada bungkusannya. 
  3. Semasa mi direbus, campurkan bahan kuah dalam mangkuk kecil: mentega kacang, minyak bijan, minyak cili. Tambah garam secukup rasa.
  4. Tapiskan mi sudah masak dan kembalikan ke periuk. Gaul rata mi dengan kuah.
  5. Alihkan mi ke dalam dua mangkuk untuk dihidang. Alihkan timun dari cuka dan susun atas mi. Hiaskan dengan biji bijan disangai.

Panduan

  • Jika kuah terlalu pekat atau melekit selepas menyalut mi, tambahkan 1-2 sdm air suam untuk mencairkannya. Until hasil terbaik, simpan sedikit air rebus mi dan gunakan air itu untuk mencairkan kuah.
  • Mi boleh dinikmati sedia ada atau dengan pelbagai lauk seperti telur rebus, lobak merah cincang, taugeh, ayam rebus, avokado, daun ketumbar segar, daun bawang, dan lain-lain.
  • Bergantung kepada jenis minyak cili yang digunakan, ia mungkin sudah diperasakan dengan garam dan ramuan lain. Lao Gan Ma mengguna garam dan MSG, jadi anda tidak perlu menggunakan garam.
  • Biji bijan disangai boleh disimpan dalam bekas kedap udara kering selama beberapa minggu. Untuk buat sendiri, guna 3 sdm biji bijan dan panaskan dalam kuali kering menggunakan api sederhana besar. Bila biji mula warna perang, gerakkan menggunakan sudip agar disangai sama rata. Perhatikan supaya tidak hangus. Simpankan dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk. 
  • Ling menggunakan mi gandum kering yang halus untuk resepi ini. Pilihannya selalunya Mi Kering Vits atau Mi Tanpa Goreng Cintan. Tetapi anda juga boleh guna kebanyakan mi segera, asalkan bukan mi yang biasa digunakan untuk sup seperti mi sua.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Mihun lada hitam

Mihun goreng yang pantas dan tak leceh

Mihun lada hitam

Chi yuk fun

Silap haribulan, anda akan buka gerai

Chi yuk fun

Mi tomato makan seorang

Rasa nostalgia dari gerai kegemaran

Mi tomato makan seorang

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk