Periuk logo
Periuk logo
Mi tomato makan seorang

Resepi ini berdasarkan mi tomato yang dihidangkan di gerai kegemaran Glenn. Katanya versi gerai ini ‘tomato mee yang paling enak’ dia pernah rasa setakat ini. Semuanya ada dalam mi tomato ini — rangup, kenyal, masin, manis, masam. 

Pinggan dari Ilham Ceramic Studio.

Mi tomato makan seorang

oleh Glenn Tan

Hidangan: 1

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Mi tomato makan seorang

Hidangan: 1

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

MI TOMATO

100g mi kering kolo

2 sdm minyak masak

20g dada ayam, dihiris panjang

1 ikat kecil kailan, dipotong 1″

2 ulas bawang putih

1 ruas jari halia

SOS

5 sdm sos tomato

1 sdm cuka beras

2 sdt gula

1 sdt sos tiram

1 sdt sos Worcestershire

1 sdt sos ikan

1 cubit lada putih

1 sdm kanji ubi kentang

1 cawan air

  1. Didihkan air dalam periuk kecil dan celurkan mi kolo dalam air yang dididih. Panaskan kuali menggunakan api besar dan tambah 2 sdm minyak masak. Apabila minyak sudah panas, goreng mi kolo sehingga agak kering dan rangup. Tapis dan letakkan mi di atas pinggan, dan biarkan minyak di dalam kuali.
  2. Tumbuk bawang putih dan halia di dalam lesung batu. Tumiskan bahan yang ditumbuk ini dalam minyak yang di dalam kuali, kemudian tambah hirisan ayam dan kailan. Gaul rata.
  3. Bila ayam sudah masak, letakkan campuran ayam dan kailan di atas mi yang digoreng tadi dan ketepikan.
  4. Larutkan kanji ubi kentang dalam 1 cawan air, dan campurkan semua ramuan sos di dalam kuali.
  5. Didihkan sos dan tuang ke atas mi.

Panduan

  • Mi kering kolo merujuk kepada sejenis mi gandum yang digunakan semasa menyediakan hidangan mi kolok. Mi ini boleh didapati dalam beberapa bentuk — mi kerinting (‘kiu mee’ dalam dialek Hokkien), mi biasa, atau mee pok yang lebar dan leper. Mi wantan kuning atau yee mee yang telah digoreng boleh juga digunakan. Kalau kesemua mi ini tidak boleh didapati, kueh teow yang telah digoreng atau bihun boleh digunakan.

Ramuan

MI TOMATO

100g mi kering kolo

2 sdm minyak masak

20g dada ayam, dihiris panjang

1 ikat kecil kailan, dipotong 1″

2 ulas bawang putih

1 ruas jari halia

SOS

5 sdm sos tomato

1 sdm cuka beras

2 sdt gula

1 sdt sos tiram

1 sdt sos Worcestershire

1 sdt sos ikan

1 cubit lada putih

1 sdm kanji ubi kentang

1 cawan air

Arahan

  1. Didihkan air dalam periuk kecil dan celurkan mi kolo dalam air yang dididih. Panaskan kuali menggunakan api besar dan tambah 2 sdm minyak masak. Apabila minyak sudah panas, goreng mi kolo sehingga agak kering dan rangup. Tapis dan letakkan mi di atas pinggan, dan biarkan minyak di dalam kuali.
  2. Tumbuk bawang putih dan halia di dalam lesung batu. Tumiskan bahan yang ditumbuk ini dalam minyak yang di dalam kuali, kemudian tambah hirisan ayam dan kailan. Gaul rata.
  3. Bila ayam sudah masak, letakkan campuran ayam dan kailan di atas mi yang digoreng tadi dan ketepikan.
  4. Larutkan kanji ubi kentang dalam 1 cawan air, dan campurkan semua ramuan sos di dalam kuali.
  5. Didihkan sos dan tuang ke atas mi.

Panduan

  • Mi kering kolo merujuk kepada sejenis mi gandum yang digunakan semasa menyediakan hidangan mi kolok. Mi ini boleh didapati dalam beberapa bentuk — mi kerinting (‘kiu mee’ dalam dialek Hokkien), mi biasa, atau mee pok yang lebar dan leper. Mi wantan kuning atau yee mee yang telah digoreng boleh juga digunakan. Kalau kesemua mi ini tidak boleh didapati, kueh teow yang telah digoreng atau bihun boleh digunakan.

Lain kali masak

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Terung + rempah + nasi = enak sangat

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Bubur nasi vegetarian

Bubur vegetarian sepanjang musim

Bubur nasi vegetarian

Khanom jeen nam ya / Mi kari ikan Selatan Thailand

Mi ala Thai berkrim

Khanom jeen nam ya / Mi kari ikan Selatan Thailand

Lain kali masak

Vangi bhath (Nasi terung & dal)
Bubur nasi vegetarian
Khanom jeen nam ya / Mi kari ikan Selatan Thailand
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk