Periuk logo
Periuk logo
Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Vangi bhath (maksudnya ‘nasi terung’) ialah hidangan harian dari Karnataka, India. Seperti nasi asam jawa dan nasi limau, ia merupakan lauk semangkuk yang sentiasa disediakan untuk perayaan atau untuk bawa berjalan kerana ia tahan lama dan juga seimbang, berkat kandungan dal dan rempas ratusnya.

Ada banyak versi vangi bhath. Versi ibu mertua Sapna ini adalah antara yang paling mudah. Beliau memudahkan penyediaan rempah dan menyelaraskannya sebagai serbuk, supaya mudah disediakan dan dibekukan dalam jumlah yang besar—senang untuk membuat nasi terung pada hari lain.

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

oleh Sapna Anand

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

2 sdm minyak sayur

4 terung panjang kecil (ungu atau hijau)

1 bawang merah besar, dikupas dan dihiris

2 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris

2 cawan nasi putih yang sudah dimasak

1 genggam daun ketumbar dihiris

1 sdm minyak sapi (pilihan)

UNTUK SERBUK REMPAH DAL

¼ cawan channa dal (dal kacang kuda)

2 sdm urad dal (gram hitam dibuang kulit)

1 sdt biji lada hitam

2 tangkai daun kari, dibuang dari batangnya

1 sdt jintan manis

3″ kulit kayu manis

6 bunga cengkih

  1. Bilas dan potong terung menjadi kepingan panjang 3″ (kira-kira panjang jari).  Rendam semua kepingan itu dalam air bergaram selama kira-kira 10 minit.
  2. Sediakan serbuk rempah dal: Letak kuali kecil di atas api sederhana, dan sangai bahan serbuk rempah lentil. Kacau sentiasa untuk memastikan ia tidak hangus, lebih kurang 5-7 minit. Keluarkan dari kuali dan biarkan sejuk selama beberapa minit. Kemudian kisar menjadi serbuk halus menggunakan pengisar rempah.
  3. Panaskan kuali biasa menggunakan api sederhana, kemudian masukkan minyak sayuran. Masukkan bawang putih dan tumis lebih kurang 30 saat, kemudian masukkan bawang besar yang dihiris dan goreng sehingga bawang lembut, kira-kira 4-5 minit.
  4. Toskan kepingan terung dan masukkan ke dalam kuali. Tumis untuk lebih kurang 10 minit, atau sehingga terung masak dan empuk.
  5. Alihkan kuali dari nyalaan api dan masukkan 3 sudu besar serbuk rempah dal. Kacau rata untuk menyalut terung dengan sekata, dan tambah lagi serbuk rempah dal jika perlu.
  6. Masukkan nasi yang telah dimasak dan gaulkan dengan perlahan agar sebati, dan pastikan nasi tidak terhimpit.
  7. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan minyak sapi, jika digunakan. Hidangkan dengan raitha atau dadih kosong, dan acar.

Panduan

  • Jika anda tidak mempunyai pengisar rempah untuk mengisar dal dan rempah, batu lesung pun boleh digunakan. Tetapi lama sikitlah nak menumbuk untuk dapatkan serbuk yang halus, lebih kurang 10 minit.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Nasi Jollof

Nasi tomato penuh perisa

Nasi Jollof

Yee sang ibu untuk bila-bila

Raikan kegembiraan sepanjang tahun

Yee sang ibu untuk bila-bila

Shukto

Lauk Benggali yang pahit tapi lazat

Shukto

Lain kali masak

Nasi Jollof
Yee sang ibu untuk bila-bila
Shukto
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk