Periuk logo
Periuk logo
Yee sang ibu untuk bila-bila

Apabila kegembiraan sukar untuk dicapai, kami harus meraikan melalui apa jua cara. Apabila ibu Samantha menghidangkan yee sang ini ‘di luar musim’, seluruh keluarganya sangat menyukai hidangan ini dan membuat keputusan untuk makan yee sang sepanjang tahun. Gunalah apa jua bahan yee sang yang anda suka, tetapi tiada pengganti untuk sos plum Lee Kum Kee.

Yee sang ibu untuk bila-bila

oleh Samantha Cheh

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Yee sang ibu untuk bila-bila

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

2 lobak putih

2 lobak merah

½ salad bulat (iceberg lettuce)

Daun lik jeruk atau halia jeruk, jika suka (Ibu Samantha mengesyorkan daun lik jeruk)

10 helai daun limau purut, dibuang bahagian tengah

limau bali masam (jika suka)

250g kacang tanah (atau lebih jika suka)

2 sdt biji bijan (atau lebih jika suka)

130ml sos plum Lee Kum Kee (½ balang) 

65ml jus limau kasturi

Madu (jika suka)

Ikan salmon, dihiris (jika suka)

Keropok, apa-apa jenis (jika suka)

PERSEDIAAN 

  1. Mayangkan lobak putih, lobak merah, dan daun salad kepada uraian panjang menggunakan pemotong mandolin. Rendam cebisan lobak putih dan lobak merah di dalam air sejuk untuk menghilangkan rasa mentah.
  2. Hiris daun lik jeruk (atau halia jeruk) dan daun limau purut dengan nipis, kemudian kupas isi limau bali kepada ketulan kecil. Simpan daun salad, jeruk lik, daun limau purut, dan limau bali ke dalam satu bekas di peti sejuk.
  3. Sangai biji bijan dalam kuali menggunakan api yang besar untuk 3-4 minit, kemudian keluarkan dari kuali. Buang kulit dari kacang tanah dan tumbuk secara kasar menggunakan lesung batu supaya masih rangup. Campurkan biji bijan disangai bersama kacang tanah ditumbuk. Ketepikan.
  4. Campurkan 130ml sos plum Lee Kum Kee dengan 65ml jus limau kasturi dan kacau hingga sebati. Jika sos ini rasa terlalu masam, tambahkan madu mengikut rasa. Simpan di dalam peti sejuk.
  5. Angkat cebisan lobak putih dan lobak merah daripada air rendaman, tepuk dengan kain tisu dapur, dan biarkannya mengering untuk beberapa minit. Simpan ke dalam bekas di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dihidang.
  6. Jika menggunakan keropok, goreng dahulu dan pecahkan kepada kepingan  yang lebih kecil apabila telah dingin. Jika menggunakan salmon, titiskan sedikit jus limau dahulu.

PENGHIDANGAN

  1. Di atas dulang atau pinggan lebar, susun lobak putih, lobak merah, dan daun salad dalam bentuk bulat di tengah. Bergantung kepada apa yang anda mahu di dalam yee sang anda, tabur dan ratakan daun limau purut, ketulan limau bali, campuran kacang tanah dan biji bijan, kepingan keropok dan hirisan salmon ke atas dulang.
  2. Tuangkan hampir semua campuran sos plum ke atas kesemuanya, biarkan sedikit di tepi kalau mahu ditambah lagi, dan bersedia untuk melambung.
  3. Berdoalah untuk kesihatan yang baik, lebih banyak duit berbanding tahun lepas, kasih sayang, dan kegembiraan untuk semua, dan campurkan segalanya dengan puas.
  4. Makanlah dengan gembira.

Panduan

  • Ibu Samantha sangat mengesyorkan sos plum Lee Kum Kee kerana rasanya yang paling enak berbanding dengan sos plum lain yang mereka cuba.
  • Anda boleh menambah seberapa banyak kacang yang anda mahu mengikut tahap kerangupan yang anda gemar.
  • Jika makanan laut tidak ditambah, hidangan ini vegan sepenuhnya.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021