Periuk logo
Periuk logo
Sambal tempra

Inilah resepi sambal asas Serani (rujuk Petua) yang digunakan untuk pelbagai jenis sambal dan lauk Serani. Oleh itu, mereka yang berminat dengan masakan Serani harus berlatih tekun memasak resepi sambal ini. Bergantung kepada tahap kepedasan cili kering yang digunakan, jumlah sambal yang dihasilkan resepi ini boleh menjadi asas lebih 20 lauk.

Resepi ini diterbit dalam buku The Smell of Home dikongsi dengan izin oleh penulis Rebecca Sta Maria.

Sambal tempra

oleh Rebecca Sta Maria

Hidangan: 2-3 cawan

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 2-3 cawan

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

100g cili kering

500g bawang merah, dikupas

5 buah keras

1½ cawan minyak

PERSEDIAAN

  1. Gunting cili kering kepada kepingan 2 cm dalam mangkuk besar. Pakai sarung tangan untuk mengocak cili kering supaya biji-bijinya keluar dan berkumpul di dasar mangkuk. Rendamkan cili kering dengan air panas dan biarkan selama 5 minit, kemudian asingkan cili yang sudah direndam ke dalam blender. 
  2. Potong ulasan bawang kepada bahagian besar  yang sama saiz, kemudian masukkan semua bawang ke dalam blender dengan cili dan tambahkan buah keras.
  3. Kisar hingga menjadi pes sebati. 

MASAKAN

  1. Panaskan kuali menggunakan api kecil dan masukkan minyak. Apabila minyak mula berkilau (dalam 2 minit), tuangkan pes dikisar ke dalam kuali. Gaul sebati. 
  2. Masak selama 45 minit. Kacau sambal setiap 5 minit untuk pastikan tidak hangit. Sambal akan bertukar warna daripada merah terang ke merah manggis apabila jus bawang menyejat dan sambal mula berperang.
  3. Sambal siap masak apabila pecah minyak dengan sempurna.

Panduan

  • Air tidak wajib untuk mengisar pes. Tetapi kalau campuran susah dikisar, tambahkan 125ml air dan kisar lagi sehingga lumat. Tambah air secukupnya untuk mengisar; jangan tambah terlalu banyak air kerana ini akan menambah masa memasak anda. 
  • Sambal tempra adalah asas pelbagai sambal Serani, termasuk sambal tambrinyu yang diperbuat daripada 3 sdm sambal tempra, ½ cawan air asam jawa, dan garam dan gula secukup rasa. Sambal tambrinyu boleh dihidang dengan ikan goreng dan sayur panggang atau stim. 
  • Sambal tempra juga boleh digunakan untuk sambal udang, ikan bilis, dan petai.

Ramuan

100g cili kering

500g bawang merah, dikupas

5 buah keras

1½ cawan minyak

Arahan

Lain kali masak

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Terung + rempah + nasi = enak sangat

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Sambal kemangi

Sambal berherba yang wangi sekali

Sambal kemangi

Shukto

Lauk Benggali yang pahit tapi lazat

Shukto

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk