Periuk logo
Periuk logo
Shukto
Shukto dengan penuh warna-warninya.
Lesung batu berisi biji sawi yang telah direndam dan ditumbuk
Biji sawi yang direndam sedang ditumbuk di dalam lesung batu.

Mendiang ibu Leela sering menunjukkan kasih sayangnya melalui masakan. Ibunyalah yang mengajarnya cara untuk memasak lauk yang penuh sayuran ini. Persediaannya agak rumit, namun rasanya memang menarik. Hidangkan lauk ini pada permulaan sajian Benggali supaya kepahitannya dapat menyediakan sistem penghadaman badan anda dan dapat membuka selera.

Shukto

oleh Leela Chakrabarty

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Shukto
Shukto dengan penuh warna-warninya.
Lesung batu berisi biji sawi yang telah direndam dan ditumbuk
Biji sawi yang direndam sedang ditumbuk di dalam lesung batu.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

1 peria kecil, dihiris

1 terung sederhana, dipotong dua ruas jari

½ lobak putih, dipotong dua ruas jari

1 kentang, dipotong baji

½ keledek sederhana, dipotong dua ruas jari

3 kacang buncis, dipotong 5cm

½ lobak merah, dipotong dua ruas jari

1 inci halia, ditumbuk

2 sdm biji sawi, direndam dan dikisar halus

3 daun salam

1 sdt panch poron — campuran 5 rempah: jintan manis, halba, jintan putih, habbatus sauda, biji sawi

3 cili kering

1 sdt serbuk cili

1 sdt serbuk kunyit

3 sdm mentega ATAU 1 sdm minyak sapi

2 cawan air

1 sdt gula

1 sdt garam

Minyak untuk menggoreng

  1. Panaskan 2 sdm minyak di dalam kuali atau periuk yang besar dan lebar menggunakan api sederhana. Goreng peria dan terung sehingga mula lembut dan berwarna perang. Ketepikan.
  2. Kecilkan api. Goreng panch poron, cili kering, dan daun salam. Apabila panch poron mula merecik, masukkan halia yang ditumbuk, biji sawi yang dikisar, serbuk cili, dan serbuk kunyit. Teruskan menggoreng sehingga halia mula bertukar warna.
  3. Tumiskan kentang bersama campuran rempah dengan rata. Kentang dimasukkan dulu kerana kentang mengambil masa yang paling lama untuk dimasak. Jika isi kuali terlalu kering, tambah sedikit air. Tutup dan masak untuk 5 minit. Kemudian tambah sayuran yang lain bersama 2 cawan air. Kacau rata kemudian tutup dan terus masak menggunakan api sederhana. Kacau sekali sekala sehingga sayuran hampir masak.
  4. Masukkan peria dan terung yang telah digoreng tadi. Tambah gula dan garam, dan masukkan mentega atau ghee. Kacau rata dan terus masak sehingga kuah tidak terlalu pekat atau kering. Hidangkan semasa hangat.

Panduan

  • Sayuran lain yang boleh digunakan adalah lenggai kelor muda (moringa) dan pisang muda.
  • ¼ cawan kelapa parut boleh ditambah sebelum memasukkan mentega.
  • Susu boleh digunakan selain air.
  • Kalau tidak semua 5 rempah panch poron boleh didapati, guna sekurang-kurangnya 2-3 rempah dalam campuran ini.
  • Ibu Leela menggunakan batu giling untuk mengisar biji sawi. Lesung batu juga boleh digunakan.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021