Periuk logo
Periuk logo
Masala labu

Sedikit rempah dimasak dengan potongan labu lembut menjadikan ini lauk vegetarian yang enak sekali untuk dimakan dengan capati atau puri. Tahap kepedasannya agak rendah dan labunya cukup empuk, senang untuk diberi kanak-kanak kecil makan. Kalau memasak untuk orang dewasa, sila tambah lagi serbuk cili kalau mahu.

Masala labu

oleh Leela Chakrabarty

Sedikit rempah dimasak dengan potongan labu lembut menjadikan ini lauk vegetarian yang enak sekali untuk dimakan dengan capati atau puri. Tahap kepedasannya agak rendah dan labunya cukup empuk, senang untuk diberi kanak-kanak kecil makan. Kalau memasak untuk orang dewasa, sila tambah lagi serbuk cili kalau mahu.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

2 ulas bawang putih, dikupas

1” halia, dikupas

1 sdm minyak sayuran

1 sdt biji sawi

2-3 cili kering, direndam dalam air

1 sdt serbuk kunyit

1 sdt serbuk cili

1 sdt serbuk kari

500g labu, dikupas, dibuang biji, dan dipotong dadu

Garam secukup rasa

  1. Kisar bawang putih dan halia sehingga lumat menggunakan pengisar atau lesung batu.
  2. Panaskan kuali menggunakan api sederhana, kemudian masukkan minyak sayuran. Apabila minyak mula berkilau, tambahkan biji sawi dan goreng selama 5-10 saat.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang dikisar bersama cili kering (tanpa air rendaman) dan tumis untuk lebih kurang 1 minit.
  4. Masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, dan serbuk kari. Kacau rata.
  5. Masukkan labu didadu dan gaulkan rata dengan bahan tumis. Perasakan dengan garam.
  6. Tutup kuali dan perlahankan api ke nyalaan kecil. Masak dalam 10-15 minit atau sehingga labu sudah lembut tetapi tidak terlalu lembik. Kacau sekali-sekala.
  7. Hidangkan semasa masih hangat bersama nasi atau capati.

Panduan

  • Ingat bahawa air tidak ditambah kepada resepi ini. Kalau tumisan anda nampak terlalu kering, anda boleh masukkan 2-3 sdm air.
  • Nota editor: Lauk ini juga boleh dijadikan inti karipap atau pastri lapis.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021