Periuk logo
Periuk logo
Sup tomato mudah

Leela berkongsi lagi satu lauk daripada arwah ibunya yang sangat genius. Sup tomato berasas chutney ini adalah lauk yang cepat dimasak. Ada pelbagai jenis chutney dan sup tomato Bengali; inilah versi keluarga Leela. Makanlah dengan nasi atau cicahkan dengan sandwich keju panggang.

Sup tomato mudah

oleh Leela Chakrabarty

Leela berkongsi lagi satu lauk daripada arwah ibunya yang sangat genius. Sup tomato berasas chutney ini adalah lauk yang cepat dimasak. Ada pelbagai jenis chutney dan sup tomato Bengali; inilah versi keluarga Leela. Makanlah dengan nasi atau cicahkan dengan sandwich keju panggang.

Masa penyediaan: Ringkas

Masa penyediaan: Ringkas

1 sdm mentega atau minyak

20g kismis hitam

1 sdt biji sawi

1″ halia, dihiris atau diparut

3-4 tomato merah saizsederhana, dipotong baji atau dadu

¼ sdt serbuk kunyit

½ sdt garam

3-4 cawan air

¼ cawan gula

1 sdt tepung jagung

  1. Panaskan periuk saiz sedang menggunakan api sederhana besar. Apabila periuk panas, masukkan mentega atau minyak dan kismis. Tumiskan selama 1-2 minit sehingga kismis berkembang.
  2. Masukkan biji sawi dan tumis selama 30 saat atau sehingga biji sawi mula meletup.
  3. Masukkan halia dan tumis 1 minit lagi.
  4. Taburkan serbuk kunyit dan masukkan tomato, kemudian gaul sebati selama 2-3 minit. 
  5. Tuangkan air dan garam, gaul sebati dan tunggu air mendidih. Apabila air mula mendidih, tutupkan periuk dan perlahankan api ke nyalaan sederhana rendah, dan terus memasak selama 10 minit. 
  6. Sambil sup sedang mendidih, gaulkan tepung jagung dengan 1 sdm air dan ketepikan.
  7. Selepas 10 minit, bukakan periuk dan lenyekkan tomato dengan sudip di sisi periuk. Terus masak sehingga sup mencapai kepekatan yang diingini. 
  8. Tambahkan gula dan campuran tepung jagung dan gaul sebati. Masak 1-2 minit lagi sehingga sup menjadi sedikit likat. 
  9. Hiaskan dengan daun pudina dan hidangkan sup.

Panduan

  • Anda juga boleh gunakan kurma untuk menggantikan kismis.
  • Gula ikut secukup rasa: jumlah gula boleh dikurangkan, ditambahkan atau tak gunakan langsung. Tetapi gula dapat menyeimbangkan rasa masam tomato.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Acar mangga manis

Adakah ini acar? Lauk? Atau manisan?

Acar mangga manis

Masala labu

Labu empuk dan berempah

Masala labu

Shukto

Lauk Benggali yang pahit tapi lazat

Shukto

Lain kali masak

Acar mangga manis
Masala labu
Shukto
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk