Periuk logo
Periuk logo
Sambal kemangi

Alia memang rasa bersyukur dengan darah Jawanya kerana inilah yang memberinya rasa cinta kepada pelbagai jenis sambal. Sambal ini menggunakan kemangi yang memberinya aroma herba yang wangi dan rasa ringan.

Sambal kemangi

oleh Alia Ali
Alia Ali

Alia memang rasa bersyukur dengan darah Jawanya kerana inilah yang memberinya rasa cinta kepada pelbagai jenis sambal. Sambal ini menggunakan kemangi yang memberinya aroma herba yang wangi dan rasa ringan.

Hidangan: 12

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 12

Masa penyediaan: Ringkas

1 sdm minyak sayur

3 cili merah besar, dipotong 1″ 

6 cili padi (lebih kurang secukup rasa)

4 bawang merah kecil, dikupas dan dibelah dua

3 ulas bawang putih, diupas dan dibelah dua

½ sdt garam (atau secukup rasa)

1 ikat besar (100g) daun dan tangkai lembut kemangi

  1. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Apabila panas, masukkan minyak. Apabila minyak berkilau, masukkan cili merah, cili padi, bawang merah kecil, dan bawang putih. Goreng selama 5-6 minit atau sehingga bawang mula lembut.
  2. Angkat bahan digoreng dan masukkan ke dalam pemproses makanan (atau pengisar, atau lesung batu). Tambahkan garam dan pulse sehingga menjadi campuran yang dicincang kasar, lebih kurang 10 saat. Tambahkan semua kemangi dan pulse lagi 10 saat. 
  3. Hidangkan dengan nasi putih, ikan atau ayam goreng, dan ulam.

Panduan

  • Sambal senang dibeku. Kami suka bekukan dalam dulang ais. Setelah beku, keluarkan sambal dari dulang ais dan alihkan ke dalam bekas atau beg yang selamat digunakan dalam peti sejuk. Nyahbekukan sebanyak mana ketul sambal anda perlu dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas dapur.
  • Jika anda mahu gorengkan sambal lagi, anda boleh memasukkan semula campuran dari langkah 2 kembali ke dalam kuali dan tumis untuk 3-5 minit lagi.
  • Tambahkan kiub belacan ½” jika anda mahu rasa lebih savuri, tapi nanti sambal ini tidak sesuai untuk diet vegetarian.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Poriyal kacang buncis

Kacang hijau berempah penuh berperisa

Poriyal kacang buncis

Linugu tanggalung kinayan limau om bawing (Salad terung bakar dan kemangi)

Salad terung sedap berasap

Linugu tanggalung kinayan limau om bawing (Salad terung bakar dan kemangi)

Sambal tempra

Sambal asas untuk hidangan Serani

Sambal tempra

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk