Periuk logo
Periuk logo
Linugu tanggalung kinayan limau om bawing (Salad terung bakar dan kemangi)

Ibu Abigail sudah biasa membuat salad Kadazandusun ini seumur hidupnya. Lauk ini membawa kenangan manis buat ibunya. Semasa ibunya masa kecil, beliau memerhatikan nenek Abigail membakar terung menggunakan dapur kayu api selepas memasak nasi. Akan tetapi, kaedah neneknya agak berbeza kerana beliau akan menggunakan lalang yang dibakar selepas memetik sayur.

oleh Abigail Teo

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

¼ cawan daun kemangi, dipetik

1½ sdt bawang putih, dikupas dan dicincang

1 sdm bawang merah, dikupas dan dicincang

2 cili padi, dipotong (pilihan)

3-4 limau kasturi, diperah

2 terung Cina/Jepun saiz sederhana (jenis panjang)

Garam secukup rasa

  1. Pasang nyalaan api kecil. Letakkan terung terus pada api. Bakar terung selama 15-20 minit. Gunakan penyepit untuk sentiasa membalikan terung supaya masak serata. 
  2. Setelah kulit terung hangus, alihkan dari api dan biarkan selama 5 minit. Kupaskan kulitnya, asingkan isi terung dalam mangkuk besar.
  3. Guna garpu untuk melenyekkan isi terung pada sisi mangkuk. Masukkan daun kemangi, bawang putih, bawang merah, cili padi (jika guna), jus limau, dan garam. Rasakan: ia seharusnya rasa berasap, segar, masam, dan savuri.
  4. Biarkan lagi 5 minit untuk perisa berbeza ini bersatu. Lauk ini boleh dihidangkan semasa panas, pada suhu biasa, atau sejuk.

Panduan

  • Jika tiada dapur gas:
    1. Bakar terung menggunakan pan tanpa minyak dengan api sederhana besar.
    2. Panaskan ketuhar pada suhu 200°C. Sapukan sedikit minyak pada terung dan letakkan ke dalam dulang. Cucukkan terung beberapa kali dengan garpu untuk mencegah terung meletup semasa dibakar. Bakar terung dalam ketuhar, dan balikkan setiap 10-15 minit selama 30 minit, atau sehingga kulit mula hangus. 
  • Hanya potong tangkai terung selepas terung dikupas supaya senang dipegang semasa mengupas. 
  • Carikkan daun kemangi secara kasar sebelum dicampurkan dengan salad. Ini akan menambahkan aroma dan rasa.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Masala labu

Labu empuk dan berempah

Masala labu

Shukto

Lauk Benggali yang pahit tapi lazat

Shukto

Hinava tenggiri

Hanya gunakan makanan laut yang segar

Hinava tenggiri

Lain kali masak

Masala labu
Shukto
Hinava tenggiri
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk