Periuk logo
Periuk logo
Poriyal kacang buncis

Masakan tumis ini ialah lauk ruji di rumah Surekha. Ia dihidang dengan kari, rasam, sambar, atau pelbagai jenis lauk berkuah. Kacang buncisnya dipotong kecil supaya cepat masak dan ditumis dengan rempah biasa. Kelapa parut, walaupun tak perlu, memberi tekstur yang sangat menarik setelah parutannya berperang dan menyalut kacang buncis.

Poriyal kacang buncis

oleh Surekha Ragavan
Surekha Ragavan

Masakan tumis ini ialah lauk ruji di rumah Surekha. Ia dihidang dengan kari, rasam, sambar, atau pelbagai jenis lauk berkuah. Kacang buncisnya dipotong kecil supaya cepat masak dan ditumis dengan rempah biasa. Kelapa parut, walaupun tak perlu, memberi tekstur yang sangat menarik setelah parutannya berperang dan menyalut kacang buncis.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

1 sdm minyak

1 sdt jintan putih

1 sdt biji sawi

½ sdt urad dal aka ulundu paruppu atau dal hitam (pilihan)

1 cili kering, dikerat setengah

½ tangkai ATAU 6 daun kari

1 cubit serbuk asafoetida (pilihan)

300g kacang buncis atau haricot verts, disiang dan dipotong  ½” 

30g kelapa parut, segar atau baru beku (pilihan)

Garam cukup rasa

1 cubit gula (pilihan)

  1. Panaskan kuali menggunakan api sederhana tinggi.
  2. Setelah panas, panaskan minyak, dan masukkan jintan putih, biji sawi, dan dal hitam. Biarkan rempah goreng sedikit sehingga biji sawi mula meletup.
  3. Tambahkan cili kering, daun kari, dan serbuk asafoetida. Gaul sebati.
  4. Masukkan kacang buncis dan kelapa parut, dan gaul rata. Perlahankan api ke tahap sederhana supaya rempah tidak hangus. Masak lagi 5 minit sambil menggaul dengan kerap, sehingga kacang buncis siap masak tapi masih rangup.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa, jika perlu. Gaulkan dan hidang.

Panduan

  • Asparagus atau kacang panjang juga boleh digunakan selain kacang buncis.
  • Mana-mana minyak neutral boleh digunakan dalam resipi ini, tetapi cuba dengan minyak kelapa untuk rasa yang lebih kompleks.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Acar mangga manis

Adakah ini acar? Lauk? Atau manisan?

Acar mangga manis

Masala labu

Labu empuk dan berempah

Masala labu

Shukto

Lauk Benggali yang pahit tapi lazat

Shukto

Lain kali masak

Acar mangga manis
Masala labu
Shukto
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk