Periuk logo
Periuk logo
Bubur nasi vegetarian

Ven. Chang Fa daripada Kuil Zhu Lin Jing Yuan di Melaka akan menyediakan bubur ini setiap Tahun Baru Cina untuk dipersembahkan dan juga untuk pelawat. Beliau dengan baik hati berkongsi resipi ini dengan sahabat Periuk, Grace Wong, supaya Grace boleh memasak bubur ini di rumah. Penyediaan bahannya agak rumit sedikit tapi hasilnya adalah bubur yang sangatlah lembut dan savuri.

Bubur nasi vegetarian

oleh Ven. Chang Fa

Ven. Chang Fa daripada Kuil Zhu Lin Jing Yuan di Melaka akan menyediakan bubur ini setiap Tahun Baru Cina untuk dipersembahkan dan juga untuk pelawat. Beliau dengan baik hati berkongsi resipi ini dengan sahabat Periuk, Grace Wong, supaya Grace boleh memasak bubur ini di rumah. Penyediaan bahannya agak rumit sedikit tapi hasilnya adalah bubur yang sangatlah lembut dan savuri.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

½ cawan beras

2 sdt garam

¼ cawan kacang tanah mentah, dikupas

8 cendawan shiitake kering

12 cendawan jerami kering

1 sdm minyak masak

2″ halia, dihiris bentuk mancis

2 keping ham vegetarian, dipotong dadu

½ lobak merah sederhana, dipotong dadu halus

2 sdm lobak jeruk, dicincang

500ml water

1 genggam fatt choy (发菜 ATAU hair vegetable)

2 sdt perasa cendawan

  1. Cuci nasi dan rendam dalam air dengan 1 sdt garam untuk sekurang-kurangnya 2 jam, atau semalaman.
  2. Cuci dan rendamkan kacang tanah dalam mangkuk yang lain selama 1 malam juga.
  3. Pada keesokan hari, rebuskan kacang bersama 1 sdt garam menggunakan api sederhana selama 3 jam untuk melembutkannya. Kacang seharusnya masih nampak pejal tetapi boleh dihancurkan apabila ditekan dengan jari.
  4. Semasa kacang sedang direbus, rendamkan cendawan shiitake dan cendawan jerami kering dengan air panas dalam mangkuk lain.
  5. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Tuangkan minyak masak. Apabila minyak berkilau, masukkan halia dan tumis sehingga mula keperangan, 5-7 minit. Angkat dan ketepikan.
  6. Perlahankan api ke nyalaan sederhana kecil. Gorengkan ham dalam kuali sama sehingga mula berwarna perang, lebih kurang 5 minit. 
  7. Rendamkan fatt choy dalam air panas. 
  8. Tapiskan cendawan shiitake dan cendawan jerami kering tapi simpankan air rendamannya. Cucikan cendawan yang direndam tadi dan potong cincang.
  9. Masukkan beras yang direndam, dadu halus lobak merah, dan 500ml air dalam periuk sederhana besar. Pasang nyalaan api besar. Biarkan isi periuk rebus selama 10 minit, dan kacau sekali sekala. Selepas 10 minit, perlahankan api ke nyalaan sederhana kecil. Masak bubur selama 30 minit, dan kacau setiap 5 minit supaya beras tak lekat ke periuk. 
  10. Selepas 30 minit, tambahkan kacang, kedua-dua jenis cendawan, halia goreng, ham goreng, lobak jeruk, dan fatt choy direndam dan gaul sebati. Masak lagi 20-30 minit, dan tambahkan air panas jika bubur menjadi terlalu pekat.
  11. Setelah bubur dimasak mengikut tekstur dan kepekatan pilihan anda, perasakan dengan perasa cendawan. Gaul sebati dan hidangkan.

Panduan

  • Kacang tanah boleh dimasak lebih cepat menggunakan periuk tekanan. Jika anda menggunakan cara ini, rendamkan kacang dengan air, kemudian pasangkan periuk tekanan tinggi selama 45 minit. Biarkan tekanan periuk turun sendiri. Kalau kacang masih tidak cukup lembut, rebuskan dalam periuk terbuka sehingga lembut, tidak lebih daripada 30 minit.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Terung + rempah + nasi = enak sangat

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Nasi Jollof

Nasi tomato penuh perisa

Nasi Jollof

Yee sang ibu untuk bila-bila

Raikan kegembiraan sepanjang tahun

Yee sang ibu untuk bila-bila

Lain kali masak

Vangi bhath (Nasi terung & dal)
Nasi Jollof
Yee sang ibu untuk bila-bila
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk