Periuk logo
Periuk logo
Nasi Jollof

Nasi jollof ialah hidangan ruji Afrika Barat. Ada banyak perbincangan tentang negara asalnya (Nigeria? Ghana? Senegal?) serupa dengan debat asal usul rendang di Nusantara. Bagi Al, nasi jollof versi Nigeria inilah nasi jollof yang terbaik. Nasi jollof ini sesuai dimakan dengan ayam lada dan plantain goreng, tetapi makan nasi sahaja pun sudah cukup enak. Baca cerita Al tentang nasi jollofnya di sini

Nasi Jollof

oleh Al Ibrahim

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

6 tomato merah

1 lada benggala (bell pepper), tangkai dan biji dibuang

1 bawang besar kuning, dikupas dan dipotong bulat

3 ulas bawang putih, dikupas

1″ halia, dikupas

1 cili habanero, tangkai dan biji dibuang

3 cawan beras, sebaiknya jenis parboiled long grain

2 sdm minyak kelapa

1 daun salam

1 tin (160g) puri tomato

1 sdm daun thyme segar ATAU ½ sdm daun thyme kering

½ sdm serbuk kari daging

500ml stok ayam, stok sayur, atau air

2 sdt garam, atau secukup rasa

1 lobak merah, dipotong dadu

4-5 kacang panjang, dipotong 1″ 

½ cawan kacang pea

  1. Kisarkan tomato, kapsikum, ⅔ bawang, bawang putih, halia, dan cili habanero dengan blender atau pemproses makanan, sehingga halus.
  2. Panaskan kuali cetek dan lebar menggunakan api sederhana kecil. Tuangkan sos tomato yang dikisar pada kuali dan masak selama 20 minit, dan kacau sekali sekala. Langkah ini dilakukan untuk memekatkan sos.
  3. Sambil sos tomato masak, sediakan beras dan ramuan perisa yang lain. Cucikan beras dalam penapis menggunakan air paip sehingga air yang mengalir tidak keruh. Ketepikan.
  4. Panaskan kuali lain menggunakan api sederhana panas, dan tuangkan minyak kelapa. Tumiskan ⅓ bawang yang tinggal dan daun salam sehingga bawang mula lembut, 3-5 minit.
  5. Masukkan puri tomato, daun thyme, dan garam. Masak untuk 5 minit lagi.
  6. Setelah sos tomato dalam kuali pertama menjadi pekat, tuangkan sos tomato pekat ini ke dalam kuali kedua (yang ada daun salam). Masukkan serbuk kari daging dan gaul sebati. Masak untuk 3-5 minit lagi, kemudian tutupkan api.
  7. Masukkan beras yang dicuci ke dalam periuk nasi dengan stok atau air. Tuangkan sos tomato berempah ke dalam periuk bersama lobak merah didadu dan gaul sebati. Pasangkan periuk nasi untuk memasak nasi. (rujuk Petua).
  8. Lebih kurang 5 minit sebelum nasi siap masak, buka penutup periuk nasi dan tambahkan kacang panjang dan pea. Tutup balik. 
  9. Apabila nasi siap masak, tunggu 15 minit sebelum membuka penutup periuk nasi. Selepas 15 minit, gaulkan nasi dalam periuk dan hidangkan.

Panduan

  • Jika tiada cili habanero, gantikan dengan 2-3 cili merah segar. Rasanya akan kurang manis, tapi bolehlah.
  • Jika menggunakan periuk nasi yang bukan digital, suisnya mungkin terangkat sebelum nasi siap masak. Jika ini berlaku, sumbatkan bucu tuala dapur dalam ruang atas suis supaya ia tetap ke bawah. Pasang timer selama 15 minit; apabila timer berbunyi, keluarkan tuala dapur. 
  • Jika menggunakan periuk nasi yang bukan digital atau tidak melekat, kerak nasi mungkin hangit. Inilah memang biasa apabila memasak nasi dengan bahan tambahan, apa lagi dengan bahan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti tomato. Biarkan kerak hangus dalam periuk dan rendamkan selama satu malam supaya senang bersihkan.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Terung + rempah + nasi = enak sangat

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Sup tomato mudah

Chutney tomato berbentuk sup

Sup tomato mudah

Bubur nasi vegetarian

Bubur vegetarian sepanjang musim

Bubur nasi vegetarian

Lain kali masak

Vangi bhath (Nasi terung & dal)
Sup tomato mudah
Bubur nasi vegetarian
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk