Periuk logo
Periuk logo
Sambal tumis ubi kayu

Inilah makanan ringan yang sentiasa ada atas meja makan keluarga Alia di Johor. Arwah embahnya memang pandai menggunakan pelbagai jenis ramuan berkanji untuk menyediakan pelbagai jenis makanan. Dengan menggunakan ramuan tumisan yang biasa digunakan untuk nasi goreng, neneknya menumis ubi kayu untuk menyerap perisa tumisan.

Sambal tumis ubi kayu

oleh Alia Ali
Alia Ali

Inilah makanan ringan yang sentiasa ada atas meja makan keluarga Alia di Johor. Arwah embahnya memang pandai menggunakan pelbagai jenis ramuan berkanji untuk menyediakan pelbagai jenis makanan. Dengan menggunakan ramuan tumisan yang biasa digunakan untuk nasi goreng, neneknya menumis ubi kayu untuk menyerap perisa tumisan.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

1kg ubi kayu, dikupas dan dicuci

6 bawang merah kecil, dikupas

4 ulas bawang putih, dikupas

2 cili merah segar

1 genggam ikan bilis, dicuci

2 sdm minyak

500ml air, tambahkan jika perlu

  1. Potong ubi kayu menjadi bentuk baji 2”.
  2. Tumbukkan atau proseskan bawang merah kecil, bawang putih, cili, dan ikan bilis dengan lesung batu atau pemproses makanan sehingga menjadi pes kasar. 
  3. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Apabila kuali panas, tuangkan minyak. Apabila minyak berkilau, masukkan pes bawang yang sudah ditumbuk. Tumis selama 3-5 minit sehingga warna mula gelap sedikit atau pecah minyak.
  4. Masukkan baji ubi kayu ke dalam kuali bersama air. Kacaukan, lalu tutup kuali dengan penutup. Perlahankan api ke nyalaan kecil.
  5. Periksa ubi setiap 5 minit dan kacau untuk pastikan ubi tidak hangus atau melekat pada kuali. Selepas 15 minit, cuba cucukkan baji ubi kayu yang lagi besar. Jika baji ubi kayu itu lembut dan hilang rasa mentah, ubi dah siap masak. Jika ubi kayu belum siap masak, tambahkan 100-200 ml air dan sambung masak dengan penutup, mengacau setiap 5 minit. 
  6. Ubi kayu seharusnya siap masak dalam 20-25 minit. Hidangkan semasa masih panas.

Ramuan

1kg ubi kayu, dikupas dan dicuci

6 bawang merah kecil, dikupas

4 ulas bawang putih, dikupas

2 cili merah segar

1 genggam ikan bilis, dicuci

2 sdm minyak

500ml air, tambahkan jika perlu

Arahan

  1. Potong ubi kayu menjadi bentuk baji 2”.
  2. Tumbukkan atau proseskan bawang merah kecil, bawang putih, cili, dan ikan bilis dengan lesung batu atau pemproses makanan sehingga menjadi pes kasar. 
  3. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Apabila kuali panas, tuangkan minyak. Apabila minyak berkilau, masukkan pes bawang yang sudah ditumbuk. Tumis selama 3-5 minit sehingga warna mula gelap sedikit atau pecah minyak.
  4. Masukkan baji ubi kayu ke dalam kuali bersama air. Kacaukan, lalu tutup kuali dengan penutup. Perlahankan api ke nyalaan kecil.
  5. Periksa ubi setiap 5 minit dan kacau untuk pastikan ubi tidak hangus atau melekat pada kuali. Selepas 15 minit, cuba cucukkan baji ubi kayu yang lagi besar. Jika baji ubi kayu itu lembut dan hilang rasa mentah, ubi dah siap masak. Jika ubi kayu belum siap masak, tambahkan 100-200 ml air dan sambung masak dengan penutup, mengacau setiap 5 minit. 
  6. Ubi kayu seharusnya siap masak dalam 20-25 minit. Hidangkan semasa masih panas.

Lain kali masak

Ubi kayu goreng

Pantas, murah, dan mengenyangkan

Ubi kayu goreng

Jemput-jemput ubi kayu

Kudapan minum petang yang klasik

Jemput-jemput ubi kayu

Roti goreng

Untuk minum petang mudah dan enak

Roti goreng

Lain kali masak

 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

 
periuk