Periuk logo
Periuk logo
Jemput-jemput ubi kayu

Cucur savori dianggap sebagai hidangan ruji untuk minum petang orang Melayu. Dibuat dengan pelbagai jenis tepung, sayuran, dan aromatik, cucur senang diadun menggunakan ramuan lebihan. Resipi daripada mak Aziff ini diubahsuai sedikit daripada resipi nenek Aziff. Ia menggunakan ubi kayu, ramuan yang biasa dimasak semasa zaman penjajahan Jepun di Malaya.

Jemput-jemput ubi kayu

oleh Marina Mustafa

Cucur savori dianggap sebagai hidangan ruji untuk minum petang orang Melayu. Dibuat dengan pelbagai jenis tepung, sayuran, dan aromatik, cucur senang diadun menggunakan ramuan lebihan. Resipi daripada mak Aziff ini diubahsuai sedikit daripada resipi nenek Aziff. Ia menggunakan ubi kayu, ramuan yang biasa dimasak semasa zaman penjajahan Jepun di Malaya.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

1.5kg ubi kayu, dikupas dan dipotong 

1 sdm udang kering, direndam air panas

6 bawang kecil merah, dikupas dan dihiris

2 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris

1 cili hijau, dihiris

1 ikat kecil daun sup, dihiris

1 sdt garam

150g tepung gandum

1 telur, dipukul

Minyak masak untuk menggoreng

  1. Kisarkan ubi kayu dengan air menggunakan blender. Tapiskan ubi kisar dan kembalikannya ke blender.
  2. Tambahkan air lagi pada blender. Kisarkan ubi dan air dan tapiskan lagi. 
  3. Tuangkan ubi kayu yang dikisar dua kali ke dalam penapis untuk membuang air berlebihan. Perahkan ubi kayu jika perlu. 
  4. Tapiskan udang kering yang direndam dan tumbuk lumat menggunakan lesung batu. 
  5. Letakkan ubi kayu yang sudah ditapis dalam mangkuk besar. Tambahkan hirisan bawang merah kecil, bawang putih, cili, daun sup, dan udang kering lumat. Gaul sebati.
  6. Masukkan tepung dan telur, dan gaul sebati. Jika adunan terlalu kering, tambahkan ½ cawan air setiap sekali dan gaul sebati sehingga mencapai kepadatan diingini.
  7. Letakkan kuali di atas dapur dan tuangkan minyak secukupnya untuk menggoreng. Pasang api sederhana panas.
  8. Bila permukaan minyak mula berkilau, kautkan 1 sdm adunan cucur dan titiskan ke dalam minyak. Kautkan lagi adunan cucur, 1 sdm setiap kali, tapi jangan sesakkan kuali; adunan yang dikaut dalam kuali tidak boleh bertindih.
  9. Gorengkan cucur selama 10 minit, balikkannya pada minit ke 5 menggunakan sudip berlubang. 
  10. Bila rangup dan berwarna perang keemasan, tapis cucur dan letak atas tisu dapur untuk menyerap minyak berlebihan. Goreng lagi sehingga adunan habis. 
  11. Hidangkan dengan sos cili atau sambal pilihan.

Panduan

  • Udang kering boleh diganti dengan ikan bilis.
  • Bila mengaut adunan, celupkan sudu dalam minyak panas sebelum mula kaut. Ini akan mencegah adunan daripada melekat ke sudu.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Ubi kayu goreng

Pantas, murah, dan mengenyangkan

Ubi kayu goreng

Sambal tumis ubi kayu

Beralih ke ubi untuk sarapan pagi

Sambal tumis ubi kayu

Roti goreng

Untuk minum petang mudah dan enak

Roti goreng

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk