Periuk logo
Periuk logo
Manjiu gor (Kek kacang Manchuria Foochow)

Resipi kudapan ini berasal dari ibu saudara Mildred, Ursula. Tak banyak keluarga Foochow yang menyediakan kudapan ini pada zaman sekarang. Ia adalah kek kukus tradisional yang dihidang pada penghujung kenduri kahwin tradisional dan juga Tahun Baru Cina. Campuran gula icing dan bawang goreng mungkin aneh sedikit tapi anda pasti akan ingin lagi. Baca lagi tentang manjiu gor dan bagaimana datuk Mildred ‘mengumpan’ menantunya dengan kek ini.

oleh Mildred Voon

Hidangan: 12

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Hidangan: 12

Masa penyediaan: Banyak bersabar

30g kurma merah (berat kering)

200g kacang tanah mentah (berat sebelum dikupas)

20g biji bijan

120g bawang merah kecil (berat sebelum dikupas)

200ml minyak masak (sebaiknya minyak bunga matahari)

300g tepung gandum

100g gula aising

1 sdt garam

120ml air

  1. Rendamkan kurma merah selama sekurang-kurangnya 4 jam. Buangkan biji dan potong cincang. Ketepikan. 
  2. Bakar kacang tanah dalam ketuhar atau penggoreng udara pada suhu 180°C selama 20-25 minit, dan kacau setiap 10 minit. Setelah dipanggang, biarkan sejuk sebelum kupas. Tumbukkan dengan lesung batu, pastikan tiada serpihan yang lebih besar daripada saiz separuh kacang. Ketepikan. 
  3. Sangai biji bijan dalam kuali dengan api sederhana kecil, sehingga berwarna perang muda. Angkat dan ketepikan. 
  4. Kupas bawang merah kecil dan cucikan. Hiris nipis (2mm tebal). Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api sederhana panas. Kalau anda meletak sehiris bawang merah dan minyak mula berbuih, maknanya minyak sudah cukup panas. Perlahankan api ke nyalaan kecil dan masukkan semua hirisan bawang. Goreng bawang selama 15-18 minit dengan hati-hati, dan kacau dengan kerap. 
  5. Setelah bawang berwarna perang muda, tutup api dan kacau bawang dalam kuali sehingga rangup dan berwarna perang gelap, lebih kurang 1-2 minit. Tapis bawang goreng dan letak dalam mangkuk. Biarkan bawang goreng sejuk, selama 20-30 minit. 
  6. Apabila minyak dalam kuali sejuk, masukkan kurma merah cincang, kacang tanah bakar, bawang goreng, gula icing, garam, dan air. Kacau sebati; adunan seharusnya seakan adunan biskut yang berminyak. 
  7. Isikan bahagian bawah pengukus dengan air dan rebuskan dengan nyalaan api besar. 
  8. Sementara itu, alaskan tin roti dengan kertas pembakar. Isikan tin dengan adunan daripada kuali dan ratakan. 
  9. Taburkan biji bijan pada permukaan adunan. Letakkan lagi satu helai kertas pembakar di atas dan tekankan dengan jari atau permukaan dasar gelas minum untuk memadatkan adunan dalam tin. 
  10. Bila air mula mendidih, letakkan tin roti ke dalam bahagian atas pengukus dan tutupkan pengukus. Perlahankan api ke nyalaan sederhana dan kukuskan kek selama 20 minit. 
  11. Selepas kek dikukus, keluarkan dari pengukus dan biarkan sejuk selama 1 jam sebelum memotong dan menghidang.

Panduan

  • Arwah datuk Mildred menggunakan campuran lemak babi dan minyak sayur. Walaupun keluarganya tidak ada ukuran yang tepat, mereka pernah mencuba kadar 1:5 lemak babi ke minyak sayuran, atau 20%.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Kek suji

Kek yang melimpah ruah untuk semua

Kek suji

Roti babi

Hidangan klasik kopitiam dari rumah

Roti babi

Orh nee / 芋泥 / Manisan keladi

Manisan klasik versi Asia Tenggara

Orh nee / 芋泥 / Manisan keladi

Lain kali masak

Kek suji
Roti babi
Orh nee / 芋泥 / Manisan keladi
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk