Periuk logo
Periuk logo
Orh nee / 芋泥 / Manisan keladi

Dimakan sebagai manisan, orh nee dihidangkan di penghujung jamuan makanan tradisional Teochew. Orh nee biasanya dihidangkan hangat bersama taburan kacang gingko manis dan labu kukus. Versi ini mengandungi santan untuk menandakannya sebagai manisan Asia Tenggara.

Orh nee / 芋泥 / Manisan keladi

oleh Glenn Tan

Hidangan: 15

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Orh nee / 芋泥 / Manisan keladi

Hidangan: 15

Masa penyediaan: Banyak bersabar

1.5kg keladi cina, dikupas dan dipotong dadu 2″

500g lemak babi, dipotong dadu ½” ATAU 200ml minyak babi

150ml santan

2 cawan air

170g gula perang

1 sdt garam

  1. Isi bahagian bawah pengukus dengan air dan didihkan menggunakan api yang kuat. Kukus keladi di atas air mendidih sehingga lembut, lebih kurang 30-40 minit. Keluarkan keladi kukus dari pengukus dan lenyek di dalam mangkuk atau kisar di dalam pemproses makanan.
  2. Kalau memasak lemak babi sendiri: semasa keladi sedang dikukus, panaskan kuali menggunakan api yang kecil. Letakkan lemak babi yang telah didadu ke dalam kuali dan kacau selalu supaya minyaknya keluar. Tapis menggunakan kain keju dan simpan minyak babi dan lemak babi goreng secara berasingan. 
  3. Masukkan keladi yang dilenyek tadi ke dalam kuali bersama air, santan, 200ml minyak babi dan renihkan. Masukkan gula dan garam dan gaul rata sehingga menjadi pes yang sebati, lebih kurang 20-30 minit.
  4. Hidangkan hangat dalam mangkuk bersama lemak babi goreng (ikut suka).

Panduan

  • Pastikan keladi dilenyek atau diputar semasa masih panas.
  • Lemak babi goreng bukanlah sebagai hiasan atau digunakan secara tradisional tetapi untuk menambah rasa yang rangup dan savuri.
  • Sesetengah restoran menggantikan minyak babi dengan minyak masak biasa, dan ada juga resepi yang tidak menggunakan minyak langsung supaya hidangan ini lebih sihat. Tetapi, minyak babi adalah minyak masakan pilihan untuk kebanyakan masakan di selatan China, terutamanya di daerah Teoswa di wilayah Canton — tanah air nenek moyang diaspora Teochew.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021