Periuk logo
Periuk logo
Kek suji

Melba Nunis ialah tenaga kulinari hebat yang berjuang memperkenalkan masakan Kristang melalui sesi makan malam peribadinya, dan juga di restorannya, Simply Mel’s (kini sudah ditutup). Penyunting kami Alia selalu singgah di restorannya dulu untuk menikmati hidangan berasaskan keluak. Apabila dia dapat tahu restoran itu akan ditutup, dia membeli sebuku kek suji untuk dimakan sendiri. Kek suji versi Melba rasa padat dengan mentega, tetapi ringan dengan putih telur, dan penuh harum dari esen ros dan kacang badam. Mengikut tradisi, kek suji ini dihidangkan pada sambutan Krismas dan majlis perkahwinan.

Resepi ini diterbit dalam A Kristang Family Cookbook; dikongsi dengan izin oleh penulis Melba Nunis. Salinan tersedia untuk dijual melalui pautan ini.

Kek suji

oleh Melba Nunis

Hidangan: Sekampung

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: Sekampung

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

450g mentega (suhu bilik)

450g gula kastor

225g suji (semolina)

12 kuning telur

225 ml krim

5 putih telur

170g kacang badam, dicincang dan dibakar (rujuk Panduan)

1 ½ tsp esen vanila

½ tsp esen badam

½ tsp esen ros

2 tbsp brandi (ikut pilihan)

225g tepung naik sendiri (diayak)

PERKAKAS KHAS:

Pengadun makanan

Empat tin lof roti ukuran 7” x 4” atau satu tin kek segi empat sama ukuran 12”

  1. Pukul mentega dan gula menggunakan mesin adunan sehingga lembut dan gebu, dalam 10 minit. Gunakan sudip untuk menyatukan cebisan mentega dan gula yang melekat di tepi mangkuk dan juga di paddle sekali-sekala supaya campuran mentega-gula ini digaul rata. Tambahkan suji dan adun hingga sebati. Tutupkan mangkuk adunan dan biarkan selama 4 jam di suhu bilik atau semalaman dalam peti ais.
  2. Bila sedia untuk membakar, keluarkan adunan suji dari peti ais (jika disimpan dalam peti ais) dan biarkan adunan sampai suhu bilik, sekurang-kurangnya 30 minit.
  3. Panaskan ketuhar ke 160°C. Sapukan minyak atau mentega ke permukaan dalam empat tin roti ukuran 7” x 4”  atau satu tin kek empat segi sama ukuran 12″ dan lapiskan dengan kertas pembakar.
  4. Pukul kuning telur ke dalam adunan suji satu demi satu. Gaul rata selepas setiap penambahan. Masukkan krim secara beransur-ansur sambil menambah kuning telur.
  5. Dalam mangkuk yang bersih, pukul putih telur sehingga kembang. Ini akan mengambil masa 10 minit bergantung kepada kuasa mesin adunan (atau kuasa tangan anda!). Asingkan.
  6. Tambahkan kacang badam, esen vanila, esen badam, esen ros, dan brandi (jika digunakan) pada adunan suji. Kacau hingga sebati.
  7. Kaup balik tepung dalam adunan hingga sebati. Kaup pula putih telur yang kembang secara lembut agar buih-buih putih telur tidak pecah.
  8. Bergantung pada tin yang digunakan, bahagikan adunan antara tin roti yang disiapkan atau tuangkan semua dalam tin kek segi empat sama. 
  9. Masukkan tin berisi adunan dalam ketuhar dan turunkan suhu kepada 130°C. Bakar selama 1 jam atau sehingga lidi yang dicucuk di tengah kek keluar bersih. Jika kek masih kurang masak, biarkan dalam ketuhar dan cucuk lidi setiap 5 minit sehingga keluar bersih. 
  10. Setelah kek masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk ke suhu bilik. Balutkan kek dengan kerajang aluminium dan simpan pada suhu bilik jika kek itu tidak dapat dihabiskan pada hari yang sama.

Panduan

  • Nota editor: Anda boleh menggunakan kacang badam yang dah siap potong untuk resipi ini. Kacang badam ini perlu dibakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 160°C, dan menggerakkan tin pada minit ke 5.
  • Setelah siap dibakar, biarkan kek betul-betul sejuk supaya tahan lama. Kek yang disimpan dalam peti ais akan cepat kering. Oleh itu, jika anda menggunakan brandi, kek suji ini perlu dibalut dengan kerajang aluminium supaya boleh tahan satu minggu di tempat yang sejuk dan kering. 
  • Kalau tidak menggunakan brandi, balutkan kek dengan kerajang aluminium dan simpan dalam peti ais. Biarkan kek sampai suhu bilik sebelum hidangkan. (Nota editor: kek akan berminyak kalau dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro, jadi hidangkan pada suhu bilik untuk tekstur terbaik).

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Kuih talam

Lembut, manis, lazat

Kuih talam

Kek mentega mewah

Kudapan petang yang mewah

Kek mentega mewah

Lidah ditumis-reneh gaya Serani

Pengenalan memasak organ dalaman

Lidah ditumis-reneh gaya Serani

Lain kali masak

Kuih talam
Kek mentega mewah
Lidah ditumis-reneh gaya Serani
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk