Periuk logo
Periuk logo
Lidah ditumis-reneh gaya Serani

Deborah menyesuaikan resepi ini daripada semur daging Indonesia, yang pula sebuah pengaruh ke atas smore daging, lauk Serani yang lazim di Malaysia dan Singapura. Semur dikatakan datang dari perkataan Belanda smoren, yang bermaksud untuk merendidih atau menumis-reneh. Lidah memang lauk istimewa untuk keluarganya, dan sering dihidangkan pada hari Krismas atau untuk makan malam Sabtu selepas misa matahari terbenam.

Pinggan mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Lidah ditumis-reneh gaya Serani

oleh Deborah Germaine Augustin

Hidangan: 10

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Lidah ditumis-reneh gaya Serani

Hidangan: 10

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

1 lidah lembu, dibasuh bersih (lihat Petua untuk cara membersihkan lidah sebelum dimasak)

KUAH TUMIS-RENEH:

4 sdm kicap cair

2 sdm kecap manis

2 ulas besar bawang putih, dikupas dan diketuk

1 bawang besar kuning, dikupas dan dihiris tebal

4 bunga cengkih

1 kayu manis

2 bunga lawang

400ml air hangat

1 kiub stok daging

PERKAKAS KHAS:

Periuk tekanan elektrik

  1. Dalam mangkuk yang besar, larutkan kiub stok daging ke dalam air hangat. Campurkan semua ramuan tumis-reneh yang lain.
  2. Letakkan lidah atau bahagian lidah ke dalam periuk tekanan elektrik. Tuang kuah tumis-reneh ke atas lidah. Kuah ini seharusnya setinggi sekurang-kurangnya separuh ketinggian lidah.
  3. Jika periuk tekanan anda ada tetapan ‘daging’ atau setara, pilih tetapan itu dan tetapkan penentu masa untuk 60 minit. Jika tidak, pilih tetapan tekanan tinggi untuk jumlah masa yang sama.
  4. Lidah sudah masak apabila kulit lidah mula mengelupas sendiri.
  5. Kupas kulit lidah dan potong menjadi hirisan setebal lebih kurang 1cm. Hidangkan bersama kuah tumis-reneh dan nasi, atau sebagai isi taco bersama salsa ringkas tomato, daun ketumbar, bawang merah, dan jus lemon.

Panduan

  • Berat lidah berbeza bergantung kepada saiznya. Resepi ini boleh diguna pakai untuk lidah seberat 1.6kg.
  • Masa memasak bergantung kepada ketebalan dan berat lidah. Supaya lidah masak sama rata, potong lidah kepada bahagian besar yang bersaiz sama, lebih kurang 400-500g setiap bahagian, dan sambung pada langkah nombor 2.
  • Lidah ada kulit yang tebal di permukaannya. Ini boleh dibersihkan dengan beberapa cara selepas menyiang lemak yang berlebihan di pangkalnya:
    • Bersihkan lidah sebersih yang mungkin dan masak dengan kulitnya sekali. Kupas kulitnya selepas lidah telah masak pada langkah nombor 5.
    • Bersihkan lidah dan masak di dalam air mendidih untuk lebih kurang 15 minit. Tapiskan lidah dan buang kulitnya (anda akan mendapati yang beberapa bahagian memang senang untuk dikupas). Kemudian sambung pada langkah nombor 2.
  • Ini jarang berlaku, tetapi kalau lidah masih terlalu liat selepas kitaran masakan bertekanan, masakkan lagi untuk 10 minit setiap kali sehingga lembut.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021