Periuk logo
Periuk logo
Keema kambing dan kentang

Pada pendapat kami, resepi kuah daging cincang yang sedap dan cepat dimasak patut diketahui semua tukang masak yang suka makan daging. Keema ini memang sesuai dan memenuhi keperluan kami. Resepi ini berasal daripada arwah ibu Leela, seorang tukang masak yang sangat berbakat. Kami suka makan keema ini dengan roti canai segera.

Keema kambing dan kentang

oleh Leela Chakrabarty

Pada pendapat kami, resepi kuah daging cincang yang sedap dan cepat dimasak patut diketahui semua tukang masak yang suka makan daging. Keema ini memang sesuai dan memenuhi keperluan kami. Resepi ini berasal daripada arwah ibu Leela, seorang tukang masak yang sangat berbakat. Kami suka makan keema ini dengan roti canai segera.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

1″ halia, dikupas

2 ulas bawang putih, dikupas

250ml minyak masak

2 ubi kentang, dikupas dan dipotong dadu 1″

3 daun salam

3 buah pelaga

1 batang kulit kayu manis

3 bawang besar, dikupas dan dipotong dadu

500gm daging kambing cincang

1 sdt serbuk kunyit

1 sdm serbuk kari daging

1 sdm serbuk cili (atau lebih, secukup rasa)

750ml air

1 cili merah, dihiris

  1. Tumbuk atau kisarkan halia dan bawang putih menjadi pes dengan lesung batu atau blender.
  2. Panaskan kuali menggunakan api sederhana dan tuangkan minyak masak. Apabila minyak berkilau, gorengkan ubi kentang dadu sehingga perang keemasan, tidak lebih daripada 5-7 minit. Tutup api dan angkat ubi kentang masak, dan letak atas tisu dapur. Ketepikan.
  3. Tuangkan minyak berlebihan dari kuali, dan tinggalkan 1 sdm minyak di dalam kuali. Pasang api dengan nyalaan sederhana kecil. Masukkan daun salam, buah pelaga, dan kulit kayu manis. Tumiskan rempah sehingga warna bertukar sedikit, kemudian masukkan bawang dipotong dadu. Tumis sehingga bawang lembut, lebih kurang 5-7 minit. 
  4. Tambahkan pes halia dan bawang putih dan gaul sebati. Kuatkan api ke nyalaan sederhana, kemudian masukkan daging kambing cincang. Leraikan ketulan daging besar dengan sudip untuk memastikan semua daging menyentuh kuali dan masak sama rata. Biarkan sebentar, jangan kacau. Selepas 2-3 minit, kacaukan daging supaya semua permukaan daging berwarna perang. Biarkan daging masak untuk 3 minit lagi. 
  5. Tambahkan serbuk kunyit, serbuk kari, dan serbuk cili. Gaul sebati selama 1 minit, kemudian tuangkan air dan kacau sekali lagi. 
  6. Tutup kuali dan kecilkan nyalaan api. Masak selama 15 minit, dan kacau sekali sekala.
  7. Masukkan ubi kentang goreng digoreng tadi dan kacau lagi. Masak untuk 10 minit lagi.
  8. Gaulkan hirisan cili merah dan masak selama 5 minit, sehingga kuah menjadi pekat dan air di kuali sudah sejat. 
  9. Hidang dengan nasi, roti, atau pasta.

Panduan

  • Keema ini juga sesuai sebagai inti samosa.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Varuval kambing

Daging rebus berkuah masala manis-pedas

Varuval kambing

Acar mangga manis

Adakah ini acar? Lauk? Atau manisan?

Acar mangga manis

Sambal ikan halba

Rempah halba berlimpah di dalam lauk ini

Sambal ikan halba

Lain kali masak

Varuval kambing
Acar mangga manis
Sambal ikan halba
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk