Periuk logo
Periuk logo
Sambal ikan halba

Halba merupakan rempah yang paling penting untuk hidangan ini. Ikan yang digunakan juga haruslah sangat segar. Pertama kali Nisha menghidangkan lauk ini kepada anaknya Aida, katanya Aida, “inilah lauk yang paling sedap saya pernah makan”. Banyak ramuan dalam resepi ini boleh disediakan dalam jumlah yang besar supaya anda boleh menyediakan resepi ini lagi (dan lauk lain juga) dengan lebih senang!

Sambal ikan halba

oleh Nisha Mohd Ibrahim

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Sambal ikan halba

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Perapan:

300gm ikan jenahak segar, disisik, dibersihkan, dan dipotong 4  
1 sdm serbuk cili
½ sdt serbuk halba sangrai (lihat bahagian Arahan untuk cara penyediaan) 
½ sdt serbuk kunyit
Secubit garam

3 sdm minyak bijan India (minyak gingelly), or minyak biji sawi
1 daun pandan
4 cili merah kering 
½ sdt biji sawi
½ sdt biji halba
½ sdt jintan manis
1 tangkai serai
2 tangkai daun kari
5 biji bawang merah ATAU 2 biji bawang besar sederhana, dihiris halus
1 sdm pes halia & bawang putih (lihat bahagian Arahan untuk cara penyediaan) 
½ sdt garam
½ sdt gula
½ cawan air panas 
¼ sdt serbuk kunyit
¼ sdt serbuk halba sangrai
2 sdm cili boh (lihat bahagian Arahan untuk cara penyediaan jika buat sendiri) 
4 sdm puri tomato panggang (lihat bahagian Arahan untuk cara penyediaan) 
2 tomato merah, dipotong baji
½ sdt serbuk cili
2-3 kacang bendi ATAU 1 terung kecil, dipotong empat (ikut pilihan sendiri)
½ cawan jus asam jawa
3 ketul daun ketumbar segar, dipotong halus
1 sdt kasuri methi (daun halba kering)

Serbuk halba panggang:

Biji halba disangrai sehingga hangat dan berbau harum. Kisar sehingga halus di dalam pengisar dan simpan yang berlebihan di dalam peti ais.

Perap:

Lumurkan bahan perap ke atas ikan. Tutup dan biarkan di dalam peti sejuk untuk 45 minit. 

Pes halia & bawang putih:

Kisar atau tumbuk bawang putih dan halia yang telah dikupas dalam jumlah berat yang lebih kurang sama (contohnya 50g bawang putih bersama 50g halia, dan sebagainya). Simpan yang berlebihan di dalam peti ais.

Cili boh:

Kalau mahu buat sendiri, buang biji dari cili kering dan rendam di dalam air panas sehingga lembut. Kisar dan simpan yang berlebihan di dalam peti ais.

Puri tomato panggang: 

Potong sebiji tomato besar dalam empat bahagian dan panggang tanpa minyak di dalam kuali leper sehingga kulitnya mula hangus. Biarkannya sejuk, kemudian puri di dalam blender.

Masak: 

  1. Panaskan kadai atau periuk yang tebal menggunakan api yang sederhana. Tuang minyak gingelly atau minyak biji sawi ke dalam periuk. Apabila minyak mula berkilau, masukkan daun pandan, cili kering, dan biji sawi. Goreng sehingga biji sawi mula meletup.
  2. Masukkan biji rempah yang lain, serai, dan daun kari. Tumis sehingga wangi. Perhatikan api supaya ramuan di dalam periuk tidak hangus. 
  3. Masukkan bawang merah/besar dan tumis sehingga ia mula berwarna perang.
  4. Masukkan pes halia & bawang putih, dan kacau rata. Tumis untuk lebih kurang 5 minit.
  5. Tambahkan garam dan gula, kemudian tuangkan air panas. Kacau dan kecilkan api. Biarkannya merenih untuk 5-7 minit.
  6. Masukkan serbuk halba sangrai dan serbuk kunyit. Kacau dan tambahkan lagi air panas kalau tumisannya kering, tapi jangan sampai cair. Masak untuk 3 minit.
  7. Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak, lebih kurang 5 hingga 7 minit. 
  8. Masukkan puri tomato, buah tomato segar, dan serbuk cili. Kacau sehingga rata. Boleh tambahkan air panas jika suka. Renih untuk lebih kurang 7 minit menggunakan api yang kecil.
  9. Jika menggunakan kacang bendi atau terung, masukkannya sekarang. Masak sehingga sayur lembut — jika menggunakan terung, ini boleh mengambil masa sehingga 10 minit. 
  10. Tuang air asam jawa. Renih untuk 3 minit kemudian masukkan ikan.
  11. Gunakan sudu untuk melumur kuah ke atas ikan. Masak ikan untuk lebih kurang 15 hingga 20 minit. Tambahkan air panas supaya paras air merendam sekurang-kurangnya 3/4 ketebalan ikan. 
  12. Campurkan kasuri methi, kemudian tabur daun ketumbar di atas.

Panduan

  • Ikan yang digunakan haruslah segar. Kalau tidak dapat jenahak, ikan kerapu, salmon, atau tenggiri boleh digunakan.
  • Kalau tidak mahu menggunakan minyak bijan, boleh diganti dengan minyak canola atau minyak bunga matahari. Jangan gunakan minyak zaitun kerana rasanya tidak kena.
  • Serbuk kari tidak perlu ditambah kepada resepi ini, kerana rasa dari puri tomato dan halba sudah cukup.
  • Kasuri methi boleh didapati di kedai runcit India.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021