Periuk logo
Periuk logo
Acar hu

‘Acar hu’ bermaksud ‘jeruk ikan’ dalam dialek Nyonya. Walaupun begitu, ini mungkin bukan apa yang anda gambarkan apabila ‘jeruk ikan’ terlintas di fikiran. Namun, kombinasi ikan goreng dan cuka bergula ini cukup enak sekali untuk makan sekali-sekala. Lauk ini boleh disimpan agak lama (lihat Panduan di bawah), jadi kalau 1kg ikan itu bunyinya seperti banyak, masak sahaja dan anda boleh menikmati lauk ini sepanjang minggu.

Resepi ini diterbit dalam Nonya Flavours; dikongsi dengan izin oleh penulis Debbie Teoh.

Mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Acar hu

oleh Debbie Teoh

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

1kg ikan kecil (seperti kembung atau selar kuning) atau ikan potong (tenggiri), dibersihkan dan disiang

2 sdt garam, dan lebih sesuai rasa

1 cawan minyak untuk menggoreng

2″ kunyit hidup, dikupas dan dihiris nipis

100g / 3″ halia (halia muda kalau boleh), dikupas dan dipotong mancis

100g / 1 buku bawang putih, dikupas dan dihiris nipis

3 cili merah, dibuang biji dan dibelah empat

3 cili hijau, dibuang biji dan dibelah empat

250ml cuka putih

8-10 sdm gula putih

1 sdt biji bijan, disangai

  1. Taburkan 2 sdt garam ke atas ikan. Panaskan 1 cawan minyak masak di dalam kuali menggunakan api sederhana. Goreng ikan sehingga keemasan, lebih kurang 2 minit sebelah. Angkat dan letak di atas tisu dapur untuk menyerap minyak berlebihan. Ketepikan.
  2. Keluarkan semua minyak kecuali 4 sdm daripada kuali, dan perlahankan api ke tahap sederhana rendah. Goreng hirisan kunyit sehingga minyak menjadi kuning. Keluarkan kunyit (yang tidak akan digunakan lagi).
  3. Gunakan minyak gorengan kunyit untuk menggoreng hirisan halia dan bawang putih sehingga keemasan. Tapis dan dinginkan, kemudian tambah cili merah dan hijau, cuka, gula, dan garam secukup rasa. Kacau untuk memastikan gula telah cair.
  4. Masukkan ikan digoreng tadi, and balikkan supaya ikan digaul rata dalam cuka bergula ini. Hiaskan dengan biji bijan dan hidangkan.

Panduan

  • Lauk ini enak dihidangkan pada hari esoknya kerana perisanya akan lebih mesra. Kalau anda tidak akan makan terus, pastikan ikan terendam di dalam kuah cuka di dalam bekas kaca bersih. Lauk ini boleh disimpan pada suhu bilik untuk seminggu dan lebih lama di dalam peti sejuk.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Gaeng som

Lauk kegemaran yang pedas dan hangat

Gaeng som

Kangkung belacan

Lauk sayuran amat klasik

Kangkung belacan

Sambal ikan halba

Rempah halba berlimpah di dalam lauk ini

Sambal ikan halba

Lain kali masak

Gaeng som
Kangkung belacan
Sambal ikan halba
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk