Periuk logo
Periuk logo
Kangkung belacan

Kami dah makan banyak kangkung belacan dan sambal kangkung. Pernah pesan di restoran dan restoran tepi jalan, pernah masak di rumah atau makan di rumah orang lain. Jadi bila kami berkata yang inilah versi yang paling enak kami pernah makan (menurut pendapat kamilah), tolonglah percaya kata kami. 

Resepi ini diterbit dalam Nonya Flavours; dikongsi dengan izin oleh penulis Debbie Teoh.

Mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Kangkung belacan

oleh Debbie Teoh

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Kangkung belacan

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

500g kangkung (1 ikat), dipotong 1″, bahagian akar dibuang

3-4 sdm minyak sayuran

50g udang kering, direndam dan dicincang

Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:

4-5 cili merah hidup

5 cili kering

1 ulas bawang putih

12 ulas bawang merah kecil

4 buah keras

1” belacan

  1. Tumbuk atau kisar bahan tumis menggunakan lesung batu atau blender. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali menggunakan api yang sederhana, kemudian masukkan minyak sayuran. Apabila minyak mula berkilau, goreng udang kering sehingga naik bau dan warnanya menggelap. Angkat dan ketepikan, dan tinggalkan minyak dalam kuali.
  3. Dalam minyak  yang sama, tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar tadi sehingga pecah minyak, lebih kurang 10 minit. Masukkan kangkung dan gaul dengan rata. Perasakan dengan garam.
  4. Apabila kangkung sudah mula layu tetapi masih berwarna hijau terang, tutupkan api dan masukkan udang kering yang digoreng tadi. Campurkannya bersama kangkung dan bahan tumis. Hidangkan dengan nasi putih panas. 

Panduan

  • Anda boleh menutup kuali setelah memasukkan sayuran supaya sayur masak dengan lebih cepat.
  • Debbie juga menambahkan stok ikan bilis untuk lebih rasa umami. Kami memang sukakan MSG tapi kami rasa yang ini tidak perlu kerana umami dari udang kering sudah cukup.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021