Periuk logo
Periuk logo
Char swee (Timun masak cuka)

Ramai dah biasa makan timun mentah, biasanya dalam salad atau sandwich. Timun sebenarnya merupakan ramuan yang menarik apabila dimasak, kerana ia dapat menambahkan rasa segar dan tekstur rangup ke lauk. Resipi char swee Debbie sesuai sebagai lauk malam bekerja, dan anda tak perlu guna udang jika anda mengikuti diet vegan.

Char swee (Timun masak cuka)

oleh Debbie Teoh

Ramai dah biasa makan timun mentah, biasanya dalam salad atau sandwich. Timun sebenarnya merupakan ramuan yang menarik apabila dimasak, kerana ia dapat menambahkan rasa segar dan tekstur rangup ke lauk. Resipi char swee Debbie sesuai sebagai lauk malam bekerja, dan anda tak perlu guna udang jika anda mengikuti diet vegan.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

200g udang saiz sederhana, disiang

2 sdt gula

1 timun saiz sederhana

1 bawang besar

1 cili merah besar

1 cili hijau besar

1 lobak merah kecil

2 sdm minyak sayur

3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang

KUAH:

100ml air

2 sdm cuka putih

1 sdt sos plum cina

1 sdt tepung jagung

1 sdm gula

½ sdt garam

⅛ sdt lada hitam atau putih

  1. Perapkan udang dengan gula selama 15 minit sambil menyediakan sayur.
  2. Kupaskan timun. Potong memanjang lalu buangkan biji. Hiris secara menyerong kepada kepingan ½ cm.
  3. Kupaskan bawang dan potong empat. 
  4. Potong cili memanjang dan buang bijinya.
  5. Kupaskan lobak merah. Potong memanjang dan hiris nipis secara menyerong.
  6. Campurkan semua bahan kuah, dan bilas udang untuk membuang gula.
  7. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Apabila kuali panas tuangkan minyak sayur. Apabila minyak berkilau, masukkan bawang putih yang dicincang dan tumis selama 1 minit. Tambahkan udang dan tumis selama 2 minit.
  8. Tambahkan kepingan timun dan lobak merah dan tumis selama 1 minit, kemudian masukkan campuran kuah. Kacau sehingga kuah mula pekat dan mendidih. 
  9. Tambahkan potongan bawang dan cili. Gaul sebati. Ubahsuai perasa secukup rasa. 
  10. Hidangkan panas.

Panduan

  • Selain udang, hirisan pedal ayam juga boleh digunakan.
  • Nota penyunting: Boleh tambahkan cuka jika mahu lebih umph. Kami di dapur ujian menambah 4 sdm cuka dan sangat puas hati dengan hasilnya.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Poriyal kacang buncis

Kacang hijau berempah penuh berperisa

Poriyal kacang buncis

Acar hu

Jeruk ikan untuk dimakan nanti

Acar hu

Kangkung belacan

Lauk sayuran amat klasik

Kangkung belacan

Lain kali masak

Poriyal kacang buncis
Acar hu
Kangkung belacan
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk