Periuk logo
Periuk logo
Kerabu jantung pisang

Ramai mengenali kerabu sebagai santapan yang penuh ulam mentah. Lauk kegemaran nyonya ini mengandungi ramuan yang dimasak, dan hasilnya seakan masak lemak. Hidangkan bersama nasi putih, ikan atau tauhu goreng, dan lebih lagi sambal belacan untuk kombinasi lauk yang amat menyelerakan.

Resepi ini diterbit dalam Nonya Flavours; dikongsi dengan izin oleh penulis Debbie Teoh.

Mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Kerabu jantung pisang

oleh Debbie Teoh

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

2 jantung pisang (dari pisang awak)

300g udang bersaiz sedang, dibuang kulitnya

2 bawang besar, dipotong baji 6

100ml santan pekat (kalau segar, yang diperah dari ½ kelapa parut)

5 sdm jus limau kasturi

3 sdm sambal belacan

SAMBAL BELACAN

100g (lebih kurang 8) cili merah hidup

40g (lebih kurang 1 sdm) belacan, disangai menggunakan kuali kering sehingga harum

3 sdm jus limau kasturi

SAMBAL BELACAN

  1. Tumbuk cili dan belacan sekali di dalam lesung batu sehingga lumat. Campurkan jus limau dan ketepikan.

UNTUK MENYEDIAKAN JANTUNG PISANG

  1. Kupas lapisan luar (lebih kurang 4-5 lapis) jantung pisang dan buang bunga-bunga kecil di antaranya. Belah jantung pisang ke dua bahagian secara memanjang.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan tuang air secukupnya untuk merendam jantung pisang. Didih sehingga lembut, lebih kurang 20 minit. Tapis dan biar sejuk.
  3. Hiris melawan urat kepada saiz hirisan 1 cm, kemudian kepada ketulan kecil. Ketepikan.

KERABU

  1. Masukkan udang, baji bawang, dan santan ke dalam periuk sederhana yang berasingan. Gaul rata kemudian didihkan menggunakan api kecil sehingga udang masak, lebih kurang 5 minit selepas mula mendidih. Alihkan dari api dan biarkannya sejuk.
  2. Campurkan jus limau dan sambal belacan, kemudian toskan dengan ramuan lain.

Panduan

  • Penyediaan jantung pisang agak rumit, tetapi memang berbaloi. Ini dua panduan yang boleh membantu:
    1. Penerangan visual terperinci tentang anatomi jantung pisang dan cara penyediaannya (dalam bahasa Inggeris) melalui Vegan Miam.
    2. Panduan video selangkah demi selangkah (dalam bahasa Melayu).

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Acar hu

Jeruk ikan untuk dimakan nanti

Acar hu

Ayam pongteh nenek

Versi ini dipenuhi bawang putih

Ayam pongteh nenek

Kangkung belacan

Lauk sayuran amat klasik

Kangkung belacan

Lain kali masak

Acar hu
Ayam pongteh nenek
Kangkung belacan
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk