Periuk logo
Periuk logo
Kek mentega mewah

Resepi kek mentega mewah ini datang daripada Dinesh Rao, salah seorang pengasas Tray Cafe, yang membuat kek mentega sangat lazat yang boleh melawan kek mentega kopitam. Apa yang menarik tentang resepi ini adalah jumlah kuning telur ke putih telur yang menjadikan kek ini enak dan mewah tetapi tidak terlalu keras. Dinesh mengesyorkan penggunaan mentega yang paling tinggi kualitinya—jadi kalau anda berkebolehan, inilah masanya untuk membeli mentega jenis Eropah yang berlemak tinggi. Anda memang akan merasakan perbezaannya.

Kek mentega mewah

oleh Dinesh Rao

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Kek mentega mewah

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

250g mentega masin, bersuhu bilik

230g gula kastor

1 biji telur, bersuhu bilik

2 kuning telur, bersuhu bilik

½ putih telur, bersuhu bilik

1 sdt ekstrak vanila

290g tepung serba guna biasa

11g serbuk penaik

½ sdt garam

175ml susu penuh krim, bersuhu bilik

PERKAKAS KHAS:

Tin lof roti 10″ x 6″ ATAU tin bulat 8″ ATAU tin segi empat sama 8″ x 8″

Pengadun makanan (stand mixer)

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C. Sapukan tin ketuhar yang dipilih dengan minyak neutral atau mentega cair, dan lapikkan dengan kertas kuih.
  2. Ayak tepung serbaguna, serbuk penaik, dan garam. Campurkan dan ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun makanan, pukul mentega dan gula menggunakan paddle attachment pada kelajuan sederhana tinggi sehingga putih dan gebu. Ini akan mengambil masa antara 8 hingga 10 minit. Gunakan sudip untuk menyatukan cebisan mentega dan gula yang melekat di tepi mangkuk dan juga di paddle sekali-sekala supaya campuran mentega-gula ini digaul rata.
  4. Di dalam mangkuk kecil, pukul semua telur untuk menggaul kuning telur dan putih telur. Masukkan telur sedikit demi sediki pada kelajuan yang rendah. Pukul sehingga tiada lagi telur yang jelas dinampak dan campuran ini digaul sebati. Pada takat ini, naikkan kelajuan pengadun anda kepada sederhana tinggi dan pukul untuk 10 saat. Masukkan ekstrak vanila.
  5. Perlahankan kelajuan pengadun kepada yang rendah sekali dan mula masukkan 3-4 sdm campuran tepung diikuti dengan sedikit susu. Tambahkan campuran tepung dan susu secara bergilir sehingga sebati. Jangan pukul untuk terlalu lama. Apabila campuran tepung dan susu sudah sebati sahaja, berhentikan pengadun dan gunakan sudip atau sudu besi untuk menyatukan cebisan tepung yang melekat di tepi dan permukaan bawah mangkuk.
  6. Tuangkan adunan ini ke dalam tin yang disediakan tadi dan bakar untuk lebih kurang 60 minit. Jika anda mendapati yang kek anda menjadi perang terlalu cepat, letakkan kertas timah secara longgar di atas kek. Uji kalau kek anda sudah masak dengan mencucuk cucuk satay atau pisau nipis di tengah kek; jika cucuk satay bersih apabila dikeluarkan, kek sudah masak.
  7. Biarkan tin ketuhar di atas rak dan biarkannya menyejuk di dalam tin sepenuhnya sebelum memotong dan menghidang. Kek ini boleh disimpan dalam bekas kedap udara atau dibalut ketat pada suhu bilik untuk lebih kurang 2 hari.

Panduan

  • Untuk membuat kek mentega oren, gantikan jumlah sama susu dengan jus oren, dan gantikan ekstrak vanila dengan parutan kulit empat biji oren. Kas kas atau badam cincang juga boleh dicampurkan ke dalam adunan.
Baca seterusnya:  kena rajin sikit, majlis, manisan, mentega

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021