Periuk logo
Periuk logo
Roti babi
Gambar: Michelle Yip
Kerat setiap keping roti untuk membentuk lubang atau terowong. Gambar: Michelle Yip
Isi kepingan roti dengan inti daging. Gambar: Michelle Yip

Makanan klasik kopitiam ini digemari ramai. Walaupun resepinya senang, langkah penyediaannya agak memenatkan, tetapi sangat berbaloi. Nenek Li Ann suka membuat banyak sekali untuk dikongsi dengan keluarga dan kawan, menjadikan ia makanan pilihan untuk setiap sambutan.

Roti babi

oleh Li Ann Choo

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Roti babi
Gambar: Michelle Yip
Kerat setiap keping roti untuk membentuk lubang atau terowong. Gambar: Michelle Yip
Isi kepingan roti dengan inti daging. Gambar: Michelle Yip

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Banyak bersabar

1 buku roti bakeri lembut (belum dipotong)

2 sdm minyak, lebihkan jika perlu

5 ulas bawang putih, dicincang

300g babi cincang atau ayam cincang

2 sdt serbuk Chinese 5 spice

Lada putih secukup rasa

1 bawang besar, dikupas dan dicincang

½ lobak merah, dicincang

½ sengkuang, dicincang

2 daun kubis besar, dicincang

100g daging ketam atau jejari ketam, dicincang (pilihan)

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

2 telur, dipukul

SOS

5 sdm sos Worcestershire

2 sdm kicap cair

2 sdm gula

Cili merah dan cili padi, dicincang (lebih kurang secukup pedas)

Tinggalkan buku roti di atas kaunter dapur agar roti kering.

SEDIAKAN INTI

  1. Pada keesokan hari, letakkan 2 sdm minyak dan bawang putih cincang dalam kuali dan pasang api sederhana panas. Gorengkan bawang putih selama 2-3 minit.
  2. Tambahkan daging cincang ke kuali dan leraikan ketulan besar. Tumis selama 5-7 minit sehingga hilang warna merah jambu dan mula berwarna perang. Taburkan serbuk Chinese 5 spice dan lada putih, dan gaul sebati.
  3. Tambahkan bawang dan lobak merah cincang dan tumis sehingga lembut, lebih kurang 5-7 minit. Kemudian tambahkan kubis dan sengkuang cincang dan tumis lagi 3-5 minit.
  4. Setelah semua sayur dan daging cincang masak, campurkan daging ketam atau jejari ketam, dan gaul sebati. Tambahkan garam dan gula secukup rasa kemudian tutupkan api dan biarkan inti sejuk.

SEDIAKAN SOS

  1. Campurkan semua bahan sos dalam mangkuk dan ketepikan. 

SEDIAKAN ROTI

  1. Potongkan kepingan roti dengan ketebalan 3-4 cm. Torehkan roti di belah bertentangan untuk membuat lubang (rujuk gambar).
  2. Sumbatkan inti ke dalam lubang roti (rujuk gambar). Gunakan 1 sdm isi daging untuk isikan lubang, satu demi satu sehingga penuh. Tepukkan kepingan (lembut-lembut ya) untuk padatkan isi dalam kepingan roti.
  3. Tuangkan telur yang siap dipukul dalam pinggan. Salutkan roti sumbat dengan telur.
  4. Panaskan periuk tak melekat menggunakan api sederhana. Tambahkan 2-3 sdm minyak. Bila minyak berkilau, gorengkan roti sumbat satu demi satu, dan pastikan setiap belah digoreng hingga warna perang emas. 
  5. Hidangkan roti dengan cara potongan tersendiri dan letakkan sos di tepi.

Panduan

  • Jumlah sayuran diperlukan untuk resipi ini adalah mengikut anggaran. Gunalah mata untuk mengagak-agak sama ada bawang, lobak merah, kubis, dan sengkuang berjumlah sama rata.
  • Jika tiada sengkuang, gunakan mana-mana sayur atau buah rangup, seperti brokoli, kohlrabi, atau epal hijau. 
  • Untuk lebih rangup, boleh masukkan roti sumbat ke dalam penggoreng udara selama 5 minit pada suhu 160°C.
  • Roti babi lebih boleh disimpan dalam peti ais, dan isi daging boleh dibekukan sampailah tiba masa anda teringin roti babi sekali lagi!

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Mee siam Singapura

Hidangan meraikan semua majlis

Mee siam Singapura

Char swee (Timun masak cuka)

Timun masak? Apa salahnya!

Char swee (Timun masak cuka)

Tau eu bah

Lauk klasik Hokkien diberi perisa Nyonya

Tau eu bah

Lain kali masak

Mee siam Singapura
Char swee (Timun masak cuka)
Tau eu bah
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk