Periuk logo
Periuk logo
Tau eu bah

Dibawa ke Asia Tenggara dari wilayah Fujian di selatan negara China, lauk ini berubah mengikut masa untuk disesuaikan kepada selera tempatan. Nenek Ong menggunakan rempah yang tidak terdapat dalam resepi asal dan memberikan perisa Nyonya kepada lauk kegemaran ini.

Tau eu bah

oleh Grandma Ong

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

2-3 hirisan halia

500g daging babi berlemak (belly), dipotong kepada ketulan 1″

2 sdm minyak sayuran

2 sdm kecap manis

2 sdm kicap pekat

2 sdm kicap cair

1 sdt tamari (ikut suka)

2 cili kering (ikut suka)

1.5l air

1 buku bawang putih

1 bunga lawang

1/2 batang kayu manis

Lada putih secukup rasa

5 telur rebus, dikupas dan tidak dipotong

  1. Didihkan air dalam periuk bersama 2-3 hirisan halia menggunakan api yang kuat. Masukkan ketulan daging, kemudian keluarkan daging ini apabila telah mendidih kembali. Ini dilakukan untuk menyahbuang apa-apa bau hanyir dari daging.
  2. Panaskan periuk besar menggunakan api sederhana. Setelah periuk sudah panas, masukkan 2 sdm minyak sayuran. Apabila minyak mula berkilau, masukkan daging yang separa didih sebentar tadi dan sos-sos kicap yang berlainan. Tumis selama lebih kurang 5 minit, sehingga daging dan kicap telah dikacau rata dan berwarna perang sedikit. Jika menggunakan cili kering, masukkan ke dalam periuk sekarang.
  3. Tuangkan air secukupnya sehingga menutupi daging. Ketuk satu buku bawang putih dengan bahagian leper pisau, dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan bunga lawang, kayu manis, lada putih, dan telur rebus.
  4. Renihkan isi periuk, kemudian perlahankan api sehingga kecil dan tutup periuk. Renihkan untuk lebih kurang sejam sehingga daging telah empuk, dan kacau sekali-sekala. Jika kuah mengering, tambah sedikit air bila perlu.
  5. Apabila daging sudah empuk, tambah sedikit lagi lada putih.

Panduan

  • Sesuaikan perisa mengikut rasa: Kicap cair menambah kemasinan, dan kicap pekat dan tamari memberi rasa umami. Kandungan gula kecap manis membantu memerangkan warna daging.
  • Lauk ini boleh disimpan di dalam peti ais selama 2-3 hari, dan telur rebus akan menyerap lebih banyak kuah dan perisa dalam waktu ini. Jika cili kering dan bunga lawang dibiarkan di dalam kuah, ini akan terus menambah kepedasan dan perisanya.
  • Bila perlu dipanaskan, renihkan dengan perlahan dan masukkan sedikit air jika perlu.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021