Periuk logo
Periuk logo
Popiah goreng
Gambar: Michelle Yip
Isi popiah dalam kuali
Isi popiah pada helaian kulit popiah.
Photo: Michelle Yip
Kulit popiah dilipat dua.
Photo: Michelle Yip
Bahagian kiri kulit popiah dilipat ke tengah.
Photo: Michelle Yip
Bahagian kanan kulit popiah dilipat ke tengah.
Basahkan sudut atas sebelum menghabiskan gulungan.
Photo: Michelle Yip
Sepinggan popiah yang sedia digulung.
Photo: Michelle Yip

Semasa zaman kanak-kanak dan remaja Alia, ibunya selalu memperuntukkan masa sebelum bulan puasa untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Ibunya akan menyediakan karipap dan popiah secara pukal di dapurnya. Setelah siap, kesemuanya dibalut dan dibekukan sehingga tiba masa berbuka, lalu digoreng sebungkus sekali untuk keluarganya. Sekarang Alia memasak popiah ini sepanjang tahun dengan sedikit perubahan pada resipi asal.

Popiah goreng

oleh Alia Ali
Alia Ali

Hidangan: 40

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Popiah goreng
Gambar: Michelle Yip
Isi popiah dalam kuali
Isi popiah pada helaian kulit popiah.
Photo: Michelle Yip
Kulit popiah dilipat dua.
Photo: Michelle Yip
Bahagian kiri kulit popiah dilipat ke tengah.
Photo: Michelle Yip
Bahagian kanan kulit popiah dilipat ke tengah.
Basahkan sudut atas sebelum menghabiskan gulungan.
Photo: Michelle Yip
Sepinggan popiah yang sedia digulung.
Photo: Michelle Yip

Hidangan: 40

Masa penyediaan: Banyak bersabar

500g sengkuang

400g lobak merah

250g kucai

50g udang kering, direndam air panas

2″ ketul halia, dikupas

6 ulas bawang putih, dikupas

1 cawan minyak, lebihkan jika perlu

500g daging ayam cincang

Garam secukup rasa

1 sdm serbuk cendawan (pilihan)

1 sdt lada putih, lebihkan jika mahu 

1 paket kulit popiah, 40 helai, 215mm x 215mm

Mangkuk kecil air

PERSEDIAAN

  1. Kupaskan sengkuang, cucikan, dan parutkan atau hiriskan menjadi batang halus. Ulangkan langkah ini untuk lobak. 
  2. Cucikan kucai dengan air paip, dan potong 2”.
  3. Tapiskan udang kering yang direndam. Tumbukkan udang kering dengan halia dan bawang putih dalam lesung batu hingga menjadi pes. Pes ini memang agak kering. Jika tiada lesung batu, cincangkan bahan-bahan ini dengan pisau. 

SEDIAKAN INTI

  1. Panaskan kuali besar menggunakan api sederhana. Tuangkan 3 sdm minyak. Apabila minyak berkilat, masukkan daging ayam cincang. Ratakan daging ayam menjadi satu lapisan dan perasakan dengan 2 sdt garam. Biarkan selama 1-2 minit supaya ayam berwarna perang sedikit. Gunakan sudip besi untuk balikkan daging dan masak lagi. Kikiskan cebisan yang melekat pada kuali. Tambahkan 1 sdm minyak setiap kali jika kuali nampak kering. 
  2. Bila tiada warna merah jambu lagi pada ayam, tutup api dan simpan daging dalam mangkuk lain. Buangkan air yang tertinggal dalam kuali dan panaskan kuali itu semula. 
  3. Pasang api sederhana dan tuangkan 2 sdm minyak ke dalam kuali. Apabila minyak berkilau, masukkan pes udang kering-halia-bawang putih. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan sengkuang dan lobak merah dan gaul sebati. Perasakan dengan serbuk cendawan dan lada putih, dan kacau lagi. Masak selama 5 minit atau sehingga sayur tiada rasa mentah.
  5. Masukkan ayam cincang yang sudah masak bersama dengan kucai. Gaul sebati dan masak untuk 3-5 minit lagi. Apabila siap, tutup api dan biarkan campuran sejuk. 

GULUNGAN POPIAH

  1. Nyahsejuk bekukan kulit popiah mengikut arahan pada bungkusan. Letakkan kulit popiah atas pinggan bersih dan tutup dengan kain lembap supaya kulit popiah tidak kering. Sediakan 1 mangkuk inti popiah, 1 sudu makan, dan air dalam mangkuk kecil.
  2. Angkat sehelai kulit popiah dengan hati-hati dan susun secara pepenjuru pada permukaan kering dan bersih. Cedokkan 2 sdm inti pada kulit popiah. Susunkan menjadi garisan tebal. (rujuk gambar ‘1’ dalam galeri)
  3. Lipatkan bucu bawah kulit popiah, tutupkan inti dan selitkan ke belah atas (gambar ‘2’).
  4. Lipatkan bucu kiri ke tengah (gambar ‘3’) kemudian bucu kanan ke tengah (gambar ‘4’).
  5. Gulungkan popiah dua kali dengan kukuh dan perlahan, dan pastikan inti dibalut sepatutnya. Bila tinggal 1 bucu untuk dilipat (gambar ‘5’), lembapkan hujung kulit dengan air dan terus gulung popiah sampai hujung. 
  6. Terus gulungkan popiah lain, susun dalam pinggan (gambar ‘6’) dan tutup dengan kain lembap agar popiah tidak kering.

GORENG POPIAH

  1. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Tuangkan minyak hingga 1”. 
  2. Apabila minyak berkilau, letakkan popiah ke dalam minyak dan biar setiap belah digoreng selama 2-3 minit, atau sehingga warnanya perang keemasan. Angkat dan tapiskan minyak lebih atas tisu dapur.
  3. Hidangkan apabila popiah masih panas dan rangup dengan sos cili pilihan anda.

Panduan

  • Proses menggulung popiah harus dibuat satu demi satu atau seperti assembly line. Ajaklah sekeluarga buat popiah ini sama-sama, barulah beria!

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Ubi kayu goreng

Pantas, murah, dan mengenyangkan

Ubi kayu goreng

Jemput-jemput ubi kayu

Kudapan minum petang yang klasik

Jemput-jemput ubi kayu

Pekasam ikan

Pengenalan penjerukkan ikan

Pekasam ikan

Lain kali masak

Ubi kayu goreng
Jemput-jemput ubi kayu
Pekasam ikan
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk