Periuk logo
Periuk logo
Kubis goreng badam

Kebanyakan restoran Cina menggunakan halia dan bawang putih sebagai aromatik untuk lauk tumis. Jadi bila Michelle dihidangkan lauk kubis ini semasa makan di restoran bersama keluarganya, dia terkejut dan gembira apabila mendapat tahu aromatik yang digunakan ialah hirisan badam. Cubalah resipi yang direka semula ini bersama lauk ikan atau ayam goreng. 

Kubis goreng badam

oleh Michelle Yip
Michelle Yip

Kebanyakan restoran Cina menggunakan halia dan bawang putih sebagai aromatik untuk lauk tumis. Jadi bila Michelle dihidangkan lauk kubis ini semasa makan di restoran bersama keluarganya, dia terkejut dan gembira apabila mendapat tahu aromatik yang digunakan ialah hirisan badam. Cubalah resipi yang direka semula ini bersama lauk ikan atau ayam goreng. 

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

1 biji kubis (500 – 700g)

20g badam dihiris

100ml air

2 sdm minyak

15g udang kering, dicuci dan ditapis

2 sdm wain Shao Xing

½ sdm garam

1 sdt lada putih

  1. Potong kubis ke empat bahagian dan buang bahagian dalam putih untuk mengasingkan daunnya. Cucikan setiap lapisan, dan potong menjadi kepingan 1”. Ketepikan.
  2. Letakkan kuali di atas dapur dan masukkan badam hiris. Hidupkan api sederhana panas dan sangai badam sehingga berwarna perang emas dan naik bau. Angkat dan ketepikan. 
  3. Masukkan daun kubis ke dalam kuali dan tambahkan 100 ml air. Tetapkan api sederhana panas dan tutup kubis dengan penutup kuali. 
  4. Selepas 1 minit, buka penutup kuali dan tumis kubis untuk memastikan daun-daun masak secara rata. Tutup balik dan kukus 1 minit lagi sebelum dibuka dan ditumis lagi.
  5. Daun kubis seharusnya setengah masak, layu sedikit tapi masih rangup. Tutup api dan angkat kubis. Tapiskan kubis dari air.
  6. Buang air yang dalam kuali. Cuci dan keringkan kuali dan letak semula di atas dapur. Hidupkan api sederhana panas dan tuangkan minyak. Apabila minyak berkilau, tambah udang kering dan tumis sehingga wangi, lebih kurang 1-2 minit.
  7. Masukkan kubis separuh masak, wain Shao Xing, garam, dan lada putih. Kuatkan api dan gaul sebati.
  8. Selepas 3-5 minit, kubis seharusnya lembut. Angkat campuran kubis dari kuali (tinggalkan air) dan letak pada pinggan hidangan. Taburkan badam panggang dan gaul sebati sebelum menghidang. 

Panduan

  • Badam hiris boleh dibeli di bahagian baking di pasar raya atau kedai bekalan bahan baking.
  • Jika tiada badam hiris, gunakan jumlah sama kacang badam mentah, dan potong secara kasar.
Baca seterusnya:  badam, bebas gluten, kubis, ringkas, sayuran, tumis

Ramuan

1 biji kubis (500 – 700g)

20g badam dihiris

100ml air

2 sdm minyak

15g udang kering, dicuci dan ditapis

2 sdm wain Shao Xing

½ sdm garam

1 sdt lada putih

Arahan

  1. Potong kubis ke empat bahagian dan buang bahagian dalam putih untuk mengasingkan daunnya. Cucikan setiap lapisan, dan potong menjadi kepingan 1”. Ketepikan.
  2. Letakkan kuali di atas dapur dan masukkan badam hiris. Hidupkan api sederhana panas dan sangai badam sehingga berwarna perang emas dan naik bau. Angkat dan ketepikan. 
  3. Masukkan daun kubis ke dalam kuali dan tambahkan 100 ml air. Tetapkan api sederhana panas dan tutup kubis dengan penutup kuali. 
  4. Selepas 1 minit, buka penutup kuali dan tumis kubis untuk memastikan daun-daun masak secara rata. Tutup balik dan kukus 1 minit lagi sebelum dibuka dan ditumis lagi.
  5. Daun kubis seharusnya setengah masak, layu sedikit tapi masih rangup. Tutup api dan angkat kubis. Tapiskan kubis dari air.
  6. Buang air yang dalam kuali. Cuci dan keringkan kuali dan letak semula di atas dapur. Hidupkan api sederhana panas dan tuangkan minyak. Apabila minyak berkilau, tambah udang kering dan tumis sehingga wangi, lebih kurang 1-2 minit.
  7. Masukkan kubis separuh masak, wain Shao Xing, garam, dan lada putih. Kuatkan api dan gaul sebati.
  8. Selepas 3-5 minit, kubis seharusnya lembut. Angkat campuran kubis dari kuali (tinggalkan air) dan letak pada pinggan hidangan. Taburkan badam panggang dan gaul sebati sebelum menghidang. 

Panduan

  • Badam hiris boleh dibeli di bahagian baking di pasar raya atau kedai bekalan bahan baking.
  • Jika tiada badam hiris, gunakan jumlah sama kacang badam mentah, dan potong secara kasar.
Baca seterusnya:  badam, bebas gluten, kubis, ringkas, sayuran, tumis

Lain kali masak

Poriyal kacang buncis

Kacang hijau berempah penuh berperisa

Poriyal kacang buncis

Kangkung masak budu

Masakan malam minggu yang ringkas

Kangkung masak budu

Kerabu kacang botor

Lauk ringkas, pedas, dan menyelerakan

Kerabu kacang botor

Lain kali masak

 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

 
periuk