Periuk logo
Periuk logo
Kerabu kacang botor

Jika diberi pilihan lauk terakhir yang dia boleh makan di dunia, Alia akan memilih kerabu kacang botor. Lauk ini boleh disiapkan dalam 10 minit dan boleh diratah begitu sahaja atau dimakan sebagai lauk bersama nasi. Tukarkan kacang botor dengan sayuran rangup lain, seperti kacang panjang atau taugeh (atau campuran sayuran berlainan) dan hasilnya tetap enak. Walau bagaimanapun, kacang botor tetap menjadi pilihan Alia.

Kerabu kacang botor

oleh Alia Ali
Alia Ali

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

SAMBAL BELACAN

3 cili merah besar

6-7 cili padi (lebih kurang secukup rasa)

1″ keping belacan

2 limau kasturi, diperah

KERABU

1 ikat kacang botor, dicuci

1 bawang merah kecil, dikupas dan dihiris

1 sdm kerisik

1 sdm sos ikan

SAMBAL BELACAN

  1. Tumbukkan semua bahan sambal belacan (kecuali limau) dengan lesung batu, atau kisarkan dengan pengisar. Tambahkan jus limau secukup rasa, gaul sebati, dan ketepikan.

KERABU

  1. Potongkan kacang botor kepada kepingan 1 cm.
  2. Masukkan kepingan kacang botor dengan bahan kerabu dan 1 sdm sambal belacan dalam mangkuk besar. Gaul dan ubahsuai ikut rasa: tambahkan sambal belacan, sos ikan, jus limau atau kerisik jika perlu.
  3. Hidangkan seadanya atau dengan nasi putih.

Panduan

  • Kerisik diperbuat daripada parutan kelapa yang disangai sehingga gelap lalu ditumbuk. Senang dijumpai di kedai runcit atau pasar raya. Gaul sebati sebelum menggunakannya sebab minyak kelapa biasanya akan berasing dari kerisik.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Poriyal kacang buncis

Kacang hijau berempah penuh berperisa

Poriyal kacang buncis

Kangkung masak budu

Masakan malam minggu yang ringkas

Kangkung masak budu

Gulai kuning ayam

Gulai lemak yang tidak cerewet

Gulai kuning ayam

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk