Periuk logo
Periuk logo
Gulai kuning ayam

Semasa Alya mula belajar memasak, ibu dia mengajar resipi ini kepadanya kerana inilah “lauk paling senang dimasak kalau malas,” ikut kata ibu. Walaupun senarai ramuannya pendek kalau dibandingkan dengan kebanyakan lauk Melayu dan Nyonya, ia tetap memuaskan.

Gulai kuning ayam

oleh Alya Ngu

Semasa Alya mula belajar memasak, ibu dia mengajar resipi ini kepadanya kerana inilah “lauk paling senang dimasak kalau malas,” ikut kata ibu. Walaupun senarai ramuannya pendek kalau dibandingkan dengan kebanyakan lauk Melayu dan Nyonya, ia tetap memuaskan.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

6 peha atau dada ayam, ikut suka

1 sdt garam

½ sdt MSG

2 sdm minyak

3 cili padi, ditumbuk kasar atau dipotong

2 tangkai serai (bahagian putih sahaja), ditumbuk

250 ml santan

750 ml air

2 keping asam keping

1 sdt serbuk kunyit

  1. Keringkan permukaan kulit ayam menggunakan tisu dapur dan taburkan garam dan MSG. Ramas ayam dan perap untuk 30 minit. 
  2. Bila sedia untuk masak, panaskan periuk lebar menggunakan api sederhana dan tuangkan minyak. Apabila minyak berkilau, masukkan ayam dan pastikan kulit berada di sebelah bawah. Jangan usik ayam tu! Biarkan ayam selama 5 minit supaya kulitnya menjadi perang, selepas itu baru boleh balikkan ayam. Ayam seharusnya tidak melekat pada periuk. Terus masak untuk 5 minit lagi. 
  3. Alihkan ayam ke tepi periuk dan tambahkan cili dan serai. Tumiskan selama 2-3 minit. 
  4. Perlahankan nyalaan api sehingga sederhana kecil. Tuangkan santan dan gaul sebati. Tambah air sehingga kuah naik ke ¾ bahagian ayam sahaja; jangan sampai ayam tenggelam dalam santan.
  5. Tambah asam keping dan kunyit, gaul sebati.
  6. Ubahsuaikan api jika perlu supaya kuah tetap dalam keadaan reneh, dan tutup periuk. Biarkan ayam masak selama 20-30 minit, dan kacau sekali-kala untuk pastikan santan tidak hangit.
  7. Selepas 20-30 minit, ayam seharusnya sudah masak dengan bacaan suhu 74°C pada termometer daging. 
  8. Hidangkan dengan nasi putih. 

Panduan

  • Alya suka menggunakan gochugaru (serbuk cili Korea) sebagai pengganti cili segar. Ini menghasilkan kuah enak dihirup yang pedas dan pekat.
  • Jika tiada asam keping, gunakan 2 sdt asam jawa, atau 1 sdt campuran jus limau dan gula perang.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Ayam kunyit tumis-reneh

Ayam kunyit yang tidak digoreng

Ayam kunyit tumis-reneh

Sambal sardin

Sambal makan malam yang pedas dan sedap

Sambal sardin

Ayam asam rong

Sekali makan, pasti mengidam

Ayam asam rong

Lain kali masak

Ayam kunyit tumis-reneh
Sambal sardin
Ayam asam rong
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk