Periuk logo
Periuk logo
Sambal sardin

Penyunting resepi kami, Alia, memanglah orang paling sesuai untuk tugasnya kerana dia sentiasa mencuba dan mencari pelbagai jenis rasa dan tekstur dalam makanan harian dia. Tetapi sambal sardin inilah salah satu lauk yang dia boleh makan setiap hari tanpa rasa muak. Langkah menggoreng dalam resepi ini dapat menghilangkan tekstur berlendir yang ada pada ikan dalam tin, dan memberikan rasa dan tekstur seakan dibakar atau dipanggang.

Sambal sardin

oleh Alia Ali
Alia Ali

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

1 tin besar sardin kuah tomato (425g)

125ml minyak

1 bawang besar kuning (bawang holland), dikupas dan dihiris

6 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris

2 cili merah segar, dihiris

Cili padi, dihiris (pilihan, secukup rasa) 

1 sdm cili boh (pilihan)

½ sdm pes asam jawa ATAU 100ml air asam jawa diperah dari ketul asam jawa 2” (pilihan)

2 limau kasturi, diperah

  1. Buka tin sardin dan tuangkan ke dalam mangkuk. Asingkan sardin dan simpankan kuah tomato. 
  2. Sediakan kuali. Tuangkan minyak ke dalam kuali dan susun sardin dengan rapi dalam minyak. Tutupkan kuali dan pasang api sederhana. Bila kedengaran bunyi ikan digoreng, jangan sentuh penutup kuali tu! Biarkan selama 5 minit dan abaikan sahaja bunyi daripada kuali tu. 
  3. Selepas 5 minit, tutup api. Tunggu sehingga kuali senyap, kemudian bukakan penutup. Gunakan sudip untuk balikkan ikan, dan pastikan semua ketul sardin kena minyak. Tutupkan kuali lagi sekali dan pasang api sederhana. Biar sardin goreng tertutup selama 5 minit lagi.
  4. Selepas 5 minit, tutup api. Tunggu hingga kuali senyap baru buka penutup. Angkat ikan dan letak dalam mangkuk lain. 
  5. Nyalakan api sederhana pada kuali yang sama, dan tambahkan bawang besar, bawang putih, dan cili kepada minyak yang sama. Tumis selama 5 minit sehingga tumisan mula layu. 
  6. Tambahkan cili boh (jika mahu) dan tumis lagi 2-3 minit. Tambahkan pes atau air asam jawa (jika guna) dan gaul sebati.
  7. Campurkan kuah tomato daripada tin sardin dan masak selama 2-3 minit sehingga kuah mula mendidih. Ini akan mengurangkan rasa metalik pada kuah. 
  8. Masukkan balik ikan yang telah digoreng ke dalam kuali. Anda boleh meleraikan ketul sardin atau gaulkan dengan hati-hati supaya ikan utuh. 
  9. Tutup api dan perahkan limau pada lauk. 
  10. Hidang dengan nasi putih.

Panduan

  • Alia sangat menyukai tin sardin Ayam Brand kerana kuah tomatonya paling enak bagi Alia; cuba la jenama ikan sardin dalam tin yang lain untuk tahu kuah tomato mana anda suka. 
  • Anda boleh menggunakan kuali lain selepas menggoreng ikan, tapi kami syorkan anda guna kuali sama kerana a) minyak kuali itu sudah berperisa ikan, dan b) lagi senang nak bersihkan dapur lepas masak!

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Gulai kuning ayam

Gulai lemak yang tidak cerewet

Gulai kuning ayam

Pekasam ikan

Pengenalan penjerukkan ikan

Pekasam ikan

Hinava tenggiri

Hanya gunakan makanan laut yang segar

Hinava tenggiri

Lain kali masak

Gulai kuning ayam
Pekasam ikan
Hinava tenggiri
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk