Periuk logo
Periuk logo
Ayam asam rong

Resepi tradisional ini berasal dari Jerantut, Pahang, dan telah tersebar ke kawasan berdekatan dalam negeri ini. Asam rong terkenal terutamanya di Raub, dan orang ramai akan beratur panjang di kedai-kedai nasi campur yang menjual lauk ini. Masaklah sepedas mana yang anda boleh tahan!

Pinggan mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Ayam asam rong

oleh Norsharidawati Salehud-din

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Ayam asam rong

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

100g asam rong (juga dikenali sebagai asam rom)

500g ayam, dipotong bahagian kecil

1 genggam cili padi (atau lebih), ditumbuk halus

1-2 kunyit hidup sebesar ibu jari, ditumbuk halus

1 gugus kecil terung pipit 

1 daun pijat (juga dikenali sebagai daun kesing atau daun cemomok)

½ keledek, dipotong baji

2 keping asam gelugor

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Penyediaan asam rong:

Tanya penjual yang menjual asam rong itu kepada anda — ada yang menjualnya sedia untuk dimasak dan anda tidak perlu buat apa-apa lagi persediaan, ada pula keluarga yang memilih untuk merendam asam rong di dalam air panas untuk 10 minit kemudian menapis dengan tapis halus. Ini akan mempengaruhi tekstur akhir lauk ini — asam rong yang tidak direndam akan menghasilkan kuah yang lebih likat dan asam rong yang direndam akan menghasilkan kuah yang lebih cair.

  1. Masukkan ayam, asam rong, bahan ditumbuk, dan daun pijat ke dalam periuk. Tambah air sehingga 2cm di atas paras ayam. Didihkan isi periuk. Angkat buih yang timbul di atas kuah dan buang buih ini.
  2. Kecilkan api dan renihkan. Apabila ayam sudah setengah masak (lebih kurang 10-15 minit), masukkan terung pipit, keledek, dan asam keping. Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa sendiri.
  3. Masak untuk lebih kurang 20 minit lagi, atau sehingga keledek sudah masak tetapi tak terlalu lembut.

Panduan

  • Kalau tak dapat daun pijat, daun kesum boleh digunakan. Daun pijat memang berbau seperti namanya, tetapi baunya berkurang apabila dimasak menjadi seakan bau bawang.
  • Lauk ini boleh juga dimasak dengan siput gonggong, ketam, atau ikan.
  • Kunyit hidup boleh digantikan dengan serbuk kunyit.
  • Nota editor: Asam rong agak sukar untuk dijumpai di luar negeri Pahang. Kami beli dari Shopee. Secara teknikal, asam rong memang sejenis jeruk, jadi boleh disimpan di luar peti sejuk untuk beberapa bulan dan lebih lama lagi jika dimasukkan ke dalam peti sejuk atau peti ais.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021