Periuk logo
Periuk logo
Ayam kunyit tumis-reneh

Ilham resepi ini datang dari resepi ibu Alexandra untuk ayam goreng kunyit. Alexandra memang sangat sukakan ayam goreng kunyit, tapi proses menggoreng memang leceh. Kawannya di Facebook mencadangkan untuk menumis-reneh ayam kunyit, maka terciptalah resepi ini. Tumis-reneh ini berwarna kuning keemasan dan penuh perisa rempah kunyit dan santan. Lihat bahagian Panduan untuk beberapa cadangan variasi lauk ini.

Ayam kunyit tumis-reneh

oleh Alexandra Wong

Ilham resepi ini datang dari resepi ibu Alexandra untuk ayam goreng kunyit. Alexandra memang sangat sukakan ayam goreng kunyit, tapi proses menggoreng memang leceh. Kawannya di Facebook mencadangkan untuk menumis-reneh ayam kunyit, maka terciptalah resepi ini. Tumis-reneh ini berwarna kuning keemasan dan penuh perisa rempah kunyit dan santan. Lihat bahagian Panduan untuk beberapa cadangan variasi lauk ini.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

1kg ayam, dipotong seberapa besar atau kecil yang disuka

6″ kunyit hidup, dikupas dan ditumbuk kasar

Garam secukup rasa

3 sdm minyak masak

3 batang serai, dicincang (bahagian putih sahaja)

12 bawang merah kecil, dikupas dan dicincang

500ml air

200ml santan

  1. Perap potongan ayam bersama kunyit hidup yang ditumbuk dan secubit garam selama sekurang-kurangnya 20 minit.
  2. Gunakan periuk yang cukup lebar supaya potongan ayam tidak bertimbun. Bila sudah sedia untuk memasak, letak periuk ini di atas dapur dan nyalakan api sederhana. Bila periuk sudah panas, tuangkan minyak masak. Bila minyak masak mula berkilau, tambah serai dan bawang merah kecil yang dicincang. Tumis untuk lebih kurang 5 minit, dan perlahankan api kalau bawang mula berwarna perang.
  3. Masukkan potongan ayam bersama perapan kunyit hidup sekali. Tuangkan air dan pastikan paras air sampai hingga sekurang-kurangnya separuh ketinggian ayam. Gunakan lebih atau kurang air jika perlu. Kacau sehingga rata, dan tutup dengan tudung periuk.
  4. Perlahankan api ke nyalaan kecil dan tumis-reneh untuk lebih kurang 30 minit. Periksa setiap 5-10 minit dan kacau supaya tiada bahan yang melekat ke dasar periuk.
  5. Selepas lebih kurang 30 minit, masukkan santan dan juga garam secukup rasa. Masak untuk 3-5 minit lagi. Hidangkan semasa masih hangat bersama nasi panas.

Panduan

  • Alexandra mencadangkan daging peha ayam untuk resepi ini kerana lauk ini perlukan masa sedikit untuk dimasak.
  • Anda boleh menambah pelbagai ramuan untuk mengubah perisa lauk ini. Daun selasih akan menambah wangi, 2 sdm sos ikan menaikkan umami, atau cili padi tumbuk menjadikannya pedas. Pilih apa yang anda mahu!
  • Semakin lama ayam ini ditumis-reneh, semakin lembut dagingnya. Tumis-reneh sehingga sejam kalau mahu, tapi periksa sekali-sekala kalau kuahnya mula kering. Kalau nampak kering, tambah 100ml air setiap kali.
  • Kalau anda sangat sukakan kunyit, anda boleh tambah ½ sdt serbuk kunyit apabila memasukkan ayam ke dalam periuk.
Baca seterusnya:  ayam, bebas gluten, halal, kunyit, lauk, ringkas

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Gulai kuning ayam

Gulai lemak yang tidak cerewet

Gulai kuning ayam

Kari ayam berkrim dan berempah

Ini bukan kari mak awak

Kari ayam berkrim dan berempah

Ayam asam rong

Sekali makan, pasti mengidam

Ayam asam rong

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk