Periuk logo
Periuk logo
Sambal semomok
Gambar: Michelle Yip.

Daun semomok memang menarik kualitinya. Walaupun boleh berbau seperti kumbang dipijak (inspirasi gelarannya sebagai ‘daun pijat’), ia menjadi harum dan lazat seakan bawang apabila dimasak, seakan bawang. Tiada pengganti untuk ramuan ini, tetapi anda boleh sahaja meninjau pasar-pasar di sekitar penempatan Orang Asli, terutamanya di negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Sambal semomok

oleh Tadien Jaliku

Hidangan: 2 cawan

Masa penyediaan: Ringkas

Sambal semomok
Gambar: Michelle Yip.

Hidangan: 2 cawan

Masa penyediaan: Ringkas

280g ikan bilis, disiang bersih

280g cili padi, tangkai dibuang

1 biji bawang merah besar, dikopek dan dimayang halus

120ml minyak masak

1 sdt MSG

1 helai besar daun semomok, dihiris nipis atau diracik

  1. Tumbuk ikan bilis dan cili padi sehingga lumat menggunakan lesung batu, atau proses dalam pemproses makanan.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali menggunakan nyalaan api sederhana. Apabila minyak mula berkilau, masukkan hirisan bawang. Tumis bawang sehingga sedikit layu, 3 hingga 5 minit.
  3. Masukkan ikan bilis dan cili padi yang ditumbuk tadi dan kacau rata. Perlahankan api ke nyalaan kecil. Tumis sehingga semua bahan menjadi garing keemasan, sekurang-kurangnya 10 minit. Langkah ini boleh mengambil masa sehingga 20 minit jika api betul-betul kecil.
  4. Masukkan MSG dan hirisan daun semomok. Gaul rata dan tutup api.
  5. Hidangkan bersama nasi panas.

Panduan

  • Kami membeli anak pokok semomok di Shopee. Jika di Lembah Klang, anda boleh cuba mencarinya di pasar sekitar kawasan Batu 12, Gombak.
Baca seterusnya:  halal, ringkas, sambal

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Sambal kicap

Sambal serbaboleh untuk dapur Melayu

Sambal kicap

Sambal kemangi

Sambal berherba yang wangi sekali

Sambal kemangi

Sambal tempra

Sambal asas untuk hidangan Serani

Sambal tempra

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk