Periuk logo
Periuk logo
Ayam masak daun semomok & kulim

Hidangan Semai ini dimasak dengan dua bahan dari hutan semenanjung Malaysia, iaitu daun semomok dan buah kulim. Daun semomok juga dipanggil daun pijat, dan sebabnya agak jelas bila anda menangkap bau keratan daun ini. Apabila dimasak, daun semomok memberi rasa savuri seakan bawang. Buah kulim pula bau dah rasa seperti bawang putih apabila mentah dan juga dimasak. Bahan-bahan ini juga boleh digunakan sebagai ganti untuk bawang dan bawang putih apabila membuat lauk lain.

Ayam masak daun semomok & kulim

oleh Tadien Jaliku

Hidangan Semai ini dimasak dengan dua bahan dari hutan semenanjung Malaysia, iaitu daun semomok dan buah kulim. Daun semomok juga dipanggil daun pijat, dan sebabnya agak jelas bila anda menangkap bau keratan daun ini. Apabila dimasak, daun semomok memberi rasa savuri seakan bawang. Buah kulim pula bau dah rasa seperti bawang putih apabila mentah dan juga dimasak. Bahan-bahan ini juga boleh digunakan sebagai ganti untuk bawang dan bawang putih apabila membuat lauk lain.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

1 sdm minyak masak

3 ulas bawang putih, dikupas dan diketuk

1 bawang merah besar, dikupas dan dipotong dadu

1 ruas halia, diketuk

1 batang serai, diketuk

600g ayam segar, dipotong kecil

1 lembar daun semomok, dipotong tiga

½ biji kulim, dipotong kecil

5 biji cili padi, diketuk

1 sdt MSG atau perasa yang digemari

  1. Panaskan 1 sdm minyak masak di dalam periuk menggunakan api sederhana. Masukkan bawang putih yang diketuk dan tumis sehingga mula bertukar warna ke perang, lebih kurang 2 minit.
  2. Masukkan potongan bawang merah, halia diketuk dan serai diketuk. Tumis sehingga naik bau, lebih kurang 2-3 minit.
  3. Masukkan potongan ayam, hirisan daun semomok, dan potongan buah kulim. Kacau rata dan tutup periuk. Perlahankan api menjadi kecil. Biarkan isi periuk reneh sebentar sehingga air keluar dari ayam, lebih kurang 3-5 minit.
  4. Tuangkan air secukupnya ke dalam periuk sehingga ayam terendam. Biarkan tudung periuk separa terbuka dan reneh sehingga ayam masak, lebih kurang 8-10 minit lagi.
  5. Buka tudung periuk dan masukkan cili padi dan serbuk perasa. Kacau rata dan masak untuk 1-2 minit lagi.
  6. Hidang dengan nasi panas.

Panduan

  • Daun semomok juga dipanggil daun kemumuk oleh kaum Semai dan daun kesang oleh suku Jakun.
  • Daun semomok dan buah kulim boleh didapati dalam talian seperti di Shopee.
  • Daun semomok dikatakan elok diambil untuk membuang angin dan juga untuk kesihatan ibu selepas bersalin.
  • Buah kulim dikatakan dapat mengawal penyakit gout jika dimakan dengan kerap.
Baca seterusnya:  ayam, halal, ringkas, semai

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Ayam kunyit tumis-reneh

Ayam kunyit yang tidak digoreng

Ayam kunyit tumis-reneh

Gulai kuning ayam

Gulai lemak yang tidak cerewet

Gulai kuning ayam

Kari ayam berkrim dan berempah

Ini bukan kari mak awak

Kari ayam berkrim dan berempah

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk