Periuk logo
Periuk logo
Bosou sada

Jika negeri utara semenanjung Malaysia ada ikan pekasam, orang Kadazandusun juga ada cara tersendiri untuk menjeruk ikan air tawar. Beza utama cara Kadazandusun adalah penggunaan nasi masak, bukan beras. Hasilnya berbau lebih kuat tapi enaknya boleh ketagih bagi mereka yang gemarkan ikan masam. Baca lagi tentang menjeruk menggunakan pangi.

Bosou sada

oleh Pison Jaujip

Hidangan: 12

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Hidangan: 12

Masa penyediaan: Banyak bersabar

500g ikan air tawar, disiang dan dibuang sisik jika ada

700g nasi masak, suhu bilik

35g garam

50g isi pangi, ditumbuk halus

  1. Jika menggunakan ikan air tawar yang besar seperti ikan keli, kerat dua memanjang mengikut tulang belakangnya. Jika menggunakan ikan yang kecil, ini tidak perlu dikerat. Keringkan permukaan ikan dengan tisu dapur.
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati. 
  3. Susun ikan dalam bekas kedap udara bersih. Labelkan dengan tarikh semasa. 
  4. Biarkan ikan menjeruk selama 1 bulan.
  5. Selepas 1 bulan, ikan boleh dimakan. Boleh dihidangkan terus atau ditumis dahulu dengan halia, ikan bilis, cili, rebung, atau apa-apa ramuan yang sesuai dengan rasa ikan. Hidangkan dengan nasi putih panas.

Panduan

  • Ikan yang telah melalui proses penapaian bosou tidak akan kekal bentuknya. Ini adalah perkara biasa dan memang disukai. 
  • Pison menggunakan pangi mentah kerana proses penjerukan bosou akan membuang toksin isi pangi. Pangi yang diproses pun boleh diguna. Ikutlah panduan kami untuk penyediaan pangi.
  • Sebaiknya gunakan bekas kaca supaya anda boleh periksa proses penjerukan tanpa membuka bekas. Bekas kaca juga tidak akan menyerap bau berbanding bekas plastik.
  • Jika ada kulat pada ikan, semak warnanya. Jika kulat berwarna putih, ia tidak bahaya. Tetapi jika kulat berwarna hitam, buang ikan itu dan bersihkan bekas sepenuhnya sebelum memula balik proses penjerukan.
  • Pison menasihatkan jangan guna ikan laut sebab nanti rasanya lain.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Pinongian sada

Projek penjerukan ikan cara Kadazandusun

Pinongian sada

Pekasam ikan

Pengenalan penjerukkan ikan

Pekasam ikan

Hinava tenggiri

Hanya gunakan makanan laut yang segar

Hinava tenggiri

Lain kali masak

Pinongian sada
Pekasam ikan
Hinava tenggiri
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk