Periuk logo
Periuk logo
Carbonara bawang & minyak sapi makan seorang

Ada ruang untuk ‘carbonara’ Malaysia yang penuh berkrim, dan disukai Alia. Ada juga masa untuk lemak bakon dalam carbonara Itali, yang juga disukai Alia. Tetapi bila dia tidak ada krim atau bakon, dia buat versi ini. Teknik periuk berlapis ini dipinjam daripada Serious Eats dan membantu mengawal emulsi supaya anda tidak mendapat telur hancur.

oleh Alia Ali
Alia Ali

Hidangan: 1

Hidangan: 1

100g linguine kering, atau pasta kering panjang lain

1½ sdm minyak sapi

1 bawang besar, dihiris nipis

½ sdm garam masala

1 telur

2 sdm keju keras seperti pecorino atau parmesan, diparut halus

  1. Didihkan seperiuk air yang sudah dibubuh garam menggunakan api yang besar. Masukkan pasta dan masak mengikut arahan di bungkusan sehingga sedikit kurang masak. Contohnya, jika arahan menyebut 10 minit, masak untuk 9 minit.
  2. Panaskan sebuah pan menggunakan api sederhana dan masukkan minyak sapi. Apabila minyak sapi telah cair dan mula berkilau, masukkan hirisan bawang dan garam masala. Goreng sehingga sedikit rangup dan keperangan. Aturkan masa supaya langkah ini siap sebelum pasta anda siap direbus. Tutupkan api dan alihkan daripada sumber api.
  3. Apabila pasta sudah masak mengikut langkah 1, alihkan pasta ke pan bersama bawang goreng, tetapi jangan tapiskan air rebusan pasta. Gaulkan pasta dan campuran bawang-rempah dengan rata.
  4. Dalam mangkuk adunan, pukul telur dan keju parut sekali.
  5. Sekarang masa yang seronok, walaupun agak rumit. Letakkan mangkuk adunan di atas air pasta yang masih panas (pastikan bawah mangkuk tidak menyentuh air). Masukkan campuran pasta ke dalam mangkuk adunan bersama keju dan telur. Kacau dengan cepat menggunakan penyepit sehingga sos mula memekat dan meliputi setiap helai pasta dengan rata.
  6. Hidangkan dengan segera.

Panduan

  • Bawang boleh dimasak sehingga lembut tanpa diperangkan jika anda lebih suka sos pasta yang lebih lembut.
  • Gunakan 2 kuning telur untuk menggantikan 1 telur jika anda mahukan sos yang lebih pekat.
  • Jenama minyak sapi kegemaran kami ialah Amul. Ini boleh didapati di atas talian dan di kedai runcit India.
Baca seterusnya:  bawang, garam masala, pasta

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Acar hu

Jeruk ikan untuk dimakan nanti

Acar hu

Biskut bijan & miso

Lembut, kenyal, kompleks

Biskut bijan & miso

Udang masak bawang

Lauk 3 bahan yang menarik

Udang masak bawang

Lain kali masak

Acar hu
Biskut bijan & miso
Udang masak bawang
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021