Periuk logo
Periuk logo
Pasta puttanesca dengan sardin

Kadang-kadang selera kami hanya mengidam rasa umami. Sebab itulah pasta puttanesca ini digemari Alia. Versi ini mengguna sardin dan tidak ada anchovies, tetapi anda boleh gunakannya untuk menambahkan rasa masin laut atau briny.

Pasta puttanesca dengan sardin

oleh Alia Ali
Alia Ali

Kadang-kadang selera kami hanya mengidam rasa umami. Sebab itulah pasta puttanesca ini digemari Alia. Versi ini mengguna sardin dan tidak ada anchovies, tetapi anda boleh gunakannya untuk menambahkan rasa masin laut atau briny.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

450g pasta kering panjang, seperti linguine atau spaghetti

3 sdm minyak zaitun

8 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang

2 sdm kaper yang direndam dalam air garam (capers marinated in brine), dicincang

12 zaitun, buang biji dan dicincang (sebaiknya guna zaitun jenis kalamata atau hitam)

1 tin besar sardin berkuah tomato sauce (425g)

  1. Rebuskan air menggunakan nyalaan air besar. Apabila air menggelegak, masak pasta mengikut arahan di atas bungkusan.
  2. Buka tin sardin dan asingkan sardin dan kuah tomato dalam mangkuk berlainan. Ketepikan kuah tomato dahulu.
  3. Panaskan kuali menggunakan nyalaan api sederhana, dan tuangkan minyak zaitun. Apabila minyak berkilau, masukkan bawang putih, kaper, dan zaitun. Tumiskan selama 2-3 minit, sehingga bawang putih mula berperang.
  4. Masukkan sardin dan gaul sebati. Hancurkan kepingan sardin dengan sudip anda. Saiz ketul sardin boleh dibiarkan besar atau dihancur sehingga halus, ikut citarasa anda. Masak untuk 2 minit lagi. 
  5. Tuangkan kuah tomato dan gaul sebati. Masak 2-3 minit lagi sehingga kuah mula mendidih. Ini akan mengurangkan rasa tin pada kuah. Tutup api. 
  6. 2 minit sebelum pasta siap masak (mengikut arahan bungkusan) alihkan pasta dari periuk ke kuali dengan penyepit (tak payah tapis). Nyalakan api besar untuk kuali. Kacau pasta dan kuah sehingga sebati. Tambahkan ½ cawan air rebusan pasta ke kuali dan kacau lagi sehingga pasta siap masak, 1-2 minit lagi. Jika campuran terlalu kering, tambahkan ¼ cawan air dan kacau lagi
  7. Bila pasta mencapai tekstur pilihan anda, tutup api. Hidangkan.

Panduan

  • Periuk biasa juga boleh diguna untuk memasak kuah pasta ini, tapi memasak dengan kuali memberikan sedikit wok hei, rasa enak berasap yang terjangka.
  • Ikan mackerel dalam tin juga boleh digunakan. Dagingnya lebih pejal daripada sardin, tapi akan masak dalam masa yang sama. 
  • Anda boleh hidangkan pasta dengan parutan keju dan/atau kepingan cili jika mahu. 
  • Jika anda mahu guna anchovies, gunakan 4 filet dan tumiskan sama bawang putih. Usah cincang, anchovies akan lerai sendiri dan larut dalam kuah.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Sambal sardin

Sambal makan malam yang pedas dan sedap

Sambal sardin

Mihun lada hitam

Mihun goreng yang pantas dan tak leceh

Mihun lada hitam

Carbonara bawang & minyak sapi makan seorang

Minyak sapi dalam carbonara? Cuba dulu!

Carbonara bawang & minyak sapi makan seorang

Lain kali masak

Sambal sardin
Mihun lada hitam
Carbonara bawang & minyak sapi makan seorang
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk