Periuk logo
Periuk logo
Hati daging goreng pengantin

Lauk ini mampu memuaskan idaman anda untuk memakan makanan kenduri kahwin Melayu. Ia ada rasa masin, manis, melekit, dan menakjubkan bagi mereka yang gemar makan hati. Lebihkan kacang buncis untuk jadikan lauk ini lauk harian.

Hati daging goreng pengantin

oleh Alia Ali
Alia Ali

Lauk ini mampu memuaskan idaman anda untuk memakan makanan kenduri kahwin Melayu. Ia ada rasa masin, manis, melekit, dan menakjubkan bagi mereka yang gemar makan hati. Lebihkan kacang buncis untuk jadikan lauk ini lauk harian.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

250g hati lembu

2 sdm tepung

1 sdm biji lada hitam

6 bawang merah kecil, dikupas

4 ulas bawang putih, dikupas

2″ halia, dikupas

1 sdt garam

1 sdt serbuk kunyit

2 sdm minyak masak

1 sdm kicap pekat

1 sdm sos tiram

2 sdt pes asam jawa ATAU 100ml air asam jawa dari ketul asam jawa 2″ 

½ bawang besar, dikupas dan dihiris

4-5 batang kacang buncis, dipotong

Gula secukup rasa (pilihan)

  1. Cuci hati lembu dan potong menjadi ketulan 1”. Letakkan ketulan hati dalam mangkuk dan salutkan dengan tepung. Ini adalah petua orang tua-tua untuk mengurangkan bau hati. Tepikan selama 15 minit. 
  2. Gunakan lesung batu untuk menumbuk biji lada hitam menjadi serbuk sederhana halus. Tambahkan bawang merah kecil, bawang putih, dan halia, dan tumbuk sehingga menjadi pes yang kasar dan sebati. 
  3. Cucikan tepung dari hati lembu dan toskan. Salutkan hati lembu dengan garam dan kunyit.
  4. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Tuangkan minyak masak ke dalam kuali. Apabila minyak berkilau, masukkan hati lembu dan goreng selama 2-3 minit. Jangan kacau.
  5. Balikkan hati lembu dan gorengkan untuk 2-3 minit lagi. Angkat dan simpan dalam mangkuk berasingan.
  6. Menggunakan minyak sama, tumiskan pes rempah selama 5 minit atau sehingga pecah minyak. 
  7. Tambahkan kicap pekat, sos tiram, dan asam jawa. Gaul sebati.
  8. Tambahkan hirisan bawang dan kacang buncis dan tumiskan selama 2-3 minit, sehingga bawang mula layu.
  9. Rasakan lauk dan tambahkan garam dan gula jika perlu.
  10. Masukkan hati lembu yang separuh masak dan gaul sebati. Masak selama 2-3 minit lagi, dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih.

Panduan

  • Pastikan hati lembu tidak terlebih masak, nanti tekstur hati akan kenyal dan rasa pahit dan bertekstur kapur. Periksa seketul hati semasa memasak untuk memastikan hati masih lembut dan berwarna merah jambu.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Rendang goreng

Bila anda teringin rendang dengan pantas

Rendang goreng

Ayam asam rong

Sekali makan, pasti mengidam

Ayam asam rong

Lidah ditumis-reneh gaya Serani

Pengenalan memasak organ dalaman

Lidah ditumis-reneh gaya Serani

Lain kali masak

Rendang goreng
Ayam asam rong
Lidah ditumis-reneh gaya Serani
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk