Periuk logo
Periuk logo
Nian gao gula apong

Kuih ini selalunya dihidang semasa Tahun Baru Cina. Dikatakan bahawa nian gao ini ialah rasuah untuk Tuhan Dapur (nian gao kan melekit, jadi mulut Tuhan Dapur kena gam!), supaya baginda tidak dapat melaporkan berita buruk tentang keluarga kepada Persidangan Cakerawala. Inilah versi nian gao yang dibuat Mildred—gabungan teknik moden (penggunaan beras pulut) dan teknik tradisi (pengukusan lama). Resepi ini juga menggunakan campuran gula nira dan gula apong, dan ini memberikan nian gao perisa karamel tanpa berasa terlalu manis.

Nian gao gula apong

oleh Mildred Voon

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Banyak bersabar

3 daun pisang besar, dipotong panjang 6

100g gula nira

150g gula apong

350 ml air ditapis

350g beras pulut

20 ml minyak masak

Special equipment:

2 biji 4″ tin kuih

  1. Celur helaian daun pisang menggunakan air mendidih untuk lebih kurang 1 minit. Keringkan daun dengan tisu dapur atau tuala dapur bersih.
  2. Bungkus tin dengan sehelai daun. Ulang dengan sehelai daun lagi. Ambil sehelai daun dan potong bulat. Letakkannya di tengah tin kuih. Ulang dengan tin kuih yang lagi satu.
  3. Masukkan gula nira dan gula apong ke dalam air ditapis. Kacau sebati dan pastikan tidak berbiji-biji.
  4. Letakkan beras pulut ke dalam mangkuk adunan besar. Tuangkan air gula sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tidak berketul. Teksturnya seharusnya seperti adunan pancake pekat.
  5. Tapis campuran ini ke dalam tin kuih yang dibalut daun. Tutup tin kuih dengan kertas timah.
  6. Letakkan tin kuih berisi adunan kuih ke dalam lapisan atas pengukus dan letakkan kesemuanya di atas periuk berisi air mendidih. Kukus untuk lebih kurang 5 ½ jam
  7. Selepas selesai dikukus, biarkannya sejuk pada suhu bilik—biarkan kertas timah di atas tin kuih.
  8. Pada keesokan hari, buang kertas timah. Salut bahagian atas nian gao dengan lapisan nipis minyak masak.
  9. Nian gao boleh dimakan segar. Kuih ini juga boleh disimpan sehingga 3 hari untuk mengeras, kemudian digoreng dengan celupan telur, atau disandwic antara hirisan keledek dan keladi untuk digoreng.

Panduan

  • Simpan nian gao di dalam peti ais supaya tahan lama.
  • Jenis gula yang digunakan dalam resepi ini boleh ditukar, sama juga dengan campuran jenis gula. Gula halus, gula perang ,gula melaka—semua boleh digunakan. Gula apong menjadikan kuih ini sedikit masam.
  • Kalau mahukan yang lebih manis, berat gula boleh ditingkatkan ke 300g.

Ramuan

3 daun pisang besar, dipotong panjang 6

100g gula nira

150g gula apong

350 ml air ditapis

350g beras pulut

20 ml minyak masak

Special equipment:

2 biji 4″ tin kuih

Arahan

  1. Celur helaian daun pisang menggunakan air mendidih untuk lebih kurang 1 minit. Keringkan daun dengan tisu dapur atau tuala dapur bersih.
  2. Bungkus tin dengan sehelai daun. Ulang dengan sehelai daun lagi. Ambil sehelai daun dan potong bulat. Letakkannya di tengah tin kuih. Ulang dengan tin kuih yang lagi satu.
  3. Masukkan gula nira dan gula apong ke dalam air ditapis. Kacau sebati dan pastikan tidak berbiji-biji.
  4. Letakkan beras pulut ke dalam mangkuk adunan besar. Tuangkan air gula sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tidak berketul. Teksturnya seharusnya seperti adunan pancake pekat.
  5. Tapis campuran ini ke dalam tin kuih yang dibalut daun. Tutup tin kuih dengan kertas timah.
  6. Letakkan tin kuih berisi adunan kuih ke dalam lapisan atas pengukus dan letakkan kesemuanya di atas periuk berisi air mendidih. Kukus untuk lebih kurang 5 ½ jam
  7. Selepas selesai dikukus, biarkannya sejuk pada suhu bilik—biarkan kertas timah di atas tin kuih.
  8. Pada keesokan hari, buang kertas timah. Salut bahagian atas nian gao dengan lapisan nipis minyak masak.
  9. Nian gao boleh dimakan segar. Kuih ini juga boleh disimpan sehingga 3 hari untuk mengeras, kemudian digoreng dengan celupan telur, atau disandwic antara hirisan keledek dan keladi untuk digoreng.

Panduan

  • Simpan nian gao di dalam peti ais supaya tahan lama.
  • Jenis gula yang digunakan dalam resepi ini boleh ditukar, sama juga dengan campuran jenis gula. Gula halus, gula perang ,gula melaka—semua boleh digunakan. Gula apong menjadikan kuih ini sedikit masam.
  • Kalau mahukan yang lebih manis, berat gula boleh ditingkatkan ke 300g.

Lain kali masak

Manjiu gor (Kek kacang Manchuria Foochow)

Manis atau savuri? Tak kisahlah

Manjiu gor (Kek kacang Manchuria Foochow)

Yee sang ibu untuk bila-bila

Raikan kegembiraan sepanjang tahun

Yee sang ibu untuk bila-bila

Orh nee / 芋泥 / Manisan keladi

Manisan klasik versi Asia Tenggara

Orh nee / 芋泥 / Manisan keladi

Lain kali masak

Manjiu gor (Kek kacang Manchuria Foochow)
Yee sang ibu untuk bila-bila
Orh nee / 芋泥 / Manisan keladi
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk